Sunday 18 December 2011

1ayat

'IF U WANT TO GO FAST U BETTER WALK ALONE, BUT IF U WANT TO GO FAR LET'S WALK TOGETHER'


Tuesday 29 November 2011

:)


Hasil godekan, terjumpa video adik2 comel ni..:)

Saturday 26 November 2011

Selamat Tahun Baru!

1433H. Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk berada dalam tahun ni. Terus? *ini bahasa orang sini bila kurang penjelasan dan nak tanya next? then what? so?
Jadi, terus apa bila dah tahun baru? Aku dah agak dah, mesti writer ni nak cakap pasal hijrah. Tahun lepas dah hijrah, tahun lepas2 hijrah jugak, tahun lepas3 pun dah hijrah. Pokoknya setiap tahun la orang duk uar-uarkan pasal hijrah ni. Tapi, kita tang tu jugak. Dush!! alangkah ruginya kita......hadith nabi s.a.w pun ada menyatakan yang "Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari kemarin, adalah orang yang beruntung. Bila hari ini sama dengan kemarin, rugilah dia. Dan jika hari ini lebih buruk dari hari kemarin, celakalah dia.
Pilihlah nak yang mana? Pilihan ditangan kita.

Pun boleh belek Quran (QS 59:18).

Terus? Ayuh, sedia pen dan kertas masing2, rangka resolusi untuk hari mendatang. Jom kita berhijrah. Orang putih cakap let's turn over the new leaf.:) semangat!!

p/s: pesan untuk perempuan2 kat M'sia sana, udah-udahla tu buang anak!! #turn mode sedih dan pilu :(
















Sunday 20 November 2011

Ya ukhti!

And hold firmly the rope of Allah all together and do not become divided. And remember the favor of Allah upon you- when you where enemies and He brought your hearts together and you became, by His favor, brothers. And you were on the edge of a pit of the Fire, and He save you from it. Thus does Allah make it clear to you His verses that you may be guided. ('Ali 'Imran 3:103)

Once you've given His hidayah, hold it tightly. Don't ever let it go. Maybe, there is no second!!

Monday 7 November 2011

exam mode on!

Rainy, rainy, and rainy November. Thank you Allah. Bukan senang bumi Jogja nak menangis tau!
But, so depressed when the money flowed out like water flow out of a dam.haha*exaggerate. Apa taknya, nak pergi fakulti pun kena naik teksi. Gigih bebenor la kalau dalam hujan pun nak bersepeda-sepadaan bagai. Lagi panas bila kena kencing dengan pakcik teksi!!! Tahula kami bukan indonesian..takpe, tunggula bila kitorang pandai speaking jawa nanti!! 
Hari baik, bulan baik ni, kemaafan diberi walaupun tak dipohon. Selamat Hari Raya Aidiladha.

Selamat berexam juga kepada mahasiswa UGM yang berkenaan. Jangan lupa solat!!*tetiba.
Doakan kitorang diberi segala kemudahan dan elaun cepat masuk. Amin













Monday 31 October 2011

Bila mana ia yang pertama??

Pertama kali ke Jakarta.
Pertama kali ke naik tren.
Pertama kali jumpa akhawat Jakarta.
Pertama kali tahu ada rumah yang didiami 16orang..ini serius
Pertama kali bersemuka dengan volunteer ke Palestin. Serius, akak ni hebat!
Pertama kali naik angkut, tak lupa bajaj yang comel!
Pertama kali makan pisang ijo, gurame bakar
Pertama kali ............................

Bila mana kita suka yang pertama itu, maka kita akan mendambakan yang keduanya :)
Thank you Allah.





Thursday 27 October 2011

Tumoro

Esok 1st Tentamen a.k.a test praktikum anatomi. Nama dah 1st time, of course la cuak. Tapi selamba je buku atas riba, mata kat skrin lappy, jari berkicapan, telinga dengar lagu.hohoho. Saya udah stress hafal benda yang sama dah berminggu-minggu. Doa esok semua lulus. Amin.

Esok malam iA akan bertolak ke jakarta. Kat@jaa sila take note okay!!! jumpa kat sana insyaAllah.





Wednesday 26 October 2011

Daaadaaa


Salam alayk.
Setelah berhari-hari didatangi satu perasaan yang tak berapa enak terhadap gaya hidup  jahiliyah kebelakangan ini dan lepas-lepas, hari ni terpaksa tidak kena buat keputusan jugak. Makan kenyang, mandi basah, tidur lena, hidup pun sihat. Apa lagi nak risau?? *baca nada sarcasm. Mne tak bersalah?! makan, minum, oksigen, sihat, etc tu sape yang bagi yang oiii. Senang crite, sekarang jiwa wa dah kacau! serius wa cakap lu. So so so so and so.......
Jawapannya cuma sama ada ya atau tidak.

maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.
(Asy-Syams 91:8-10)

jelas sudah bukan??



Kenapa susah sangat nak buat keputusan ni?? Padahal tinggalkan korea and tok nenek jahiliyah je pun... poyo betul minah ni, padahal baru semalam hadap laptop tgk movie lakonan minho cucu lee.
See!! nak berubah ke arah baik ada je kan yang hasut. Udah kerjanya setan, nak buat camne? mujahadah la sikit! Fighting!!*korea lagi

Sebelum esok yang belum punyer warranty hidup, last words for u sayangku futurisme. Baibai.Then, tolong lepas ni jangan datang dekat lagi boleh tak. Masalah umat dah banyak ni, jangan aku plak menambahkan lagi. Aman ya!*baca peace

Last word! serius ini last..
wand at ready. Lamina et foramina cribrosa!
haha, nothing happen. Please pray for my tentamen*anat pract exam..:)





Monday 24 October 2011

Cantiknyerrr!!!

'Tengokla plak sape Penciptanya'.


p/s : jangan takabur sangat dengan pujian manusia.kbai






Sunday 16 October 2011

Please understand me.


Bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia." Amin

..........................................................................please cut here.................................................................................

Jika ini udah ditahap kemalasan, cuma satu je nak kasi tahu, 'saya tak pernah serajin ini'. I'm pretty sure that you will never catch something that you don't want. But, surely He gives you/me something that you/I need. Alhamdulillah. Moga terus istiqamah *buat teman-teman yang berada dalam bot yang sama.peace!

p/s: ingat, yang betul-betul memahami kamu hanya Yang Satu. So, jangan sesekali kamu cari atau hiraukan redha manusia.:)





Sunday 9 October 2011

Kenapa Penat-Penat?

Adalah perkara biasa bila tengok teman-teman tidur ditemani tulang-temulang, atau berbantalkan kitab Sobotta, ngigau-ngigau nama tulang. Semua nak jadi doktor semua pasal! Ni baru anatomi, tak termasuk lagi betapa penatnya kitorang buat work plan sebelum masuk skill lab, prepare pretest untuk setiap department, habiskan kredit internet untuk cari LO tutorial dan sebagainya lah. Begitu duniawi kan kan kan??

Tapi kan, specialnya kedokteran ni adalah sebab kitorang belajar sedetail-detailnya anatomi manusia. Engineering takde kan, adapun anatominya mobil.tihi. Sangatlah rugi kalau ini pun masih lagi tak boleh menambahkan iman or at least kekaguman kepada pencipta Allah s.w.t. 
"man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu"
Ertinya: Barangsiapa mengenal akan dirinya, maka mengenallah dia akan Tuhannya.

Ha, barulah nampak belajar tu ibadah. Bukan penat je yang dapat. Kan lagi semangat nak belajar tu! 

Nilah tulang korang. Selama ni tak pernah kisah pun kan

Okay, sambung hafal nama tulang. May peace be upon u all!










Saturday 8 October 2011

U of T

Salam alayk.
Selama sampai kat Jogja sampai sekarang *ekceli malam tadi coz baru habis berbulatan, tak pernah terfikir yang aku ni dah lame masuk U of T. kan kan kan?? tak percaya tengok entry lepas-lepas, asyik2 UGM, asyik2 gadjahmada, amek medik, bla bla bla...

Apa U of T?
U : universiti, tempat dapat ilmu
T : Tarbiyyah, melayunya didikan, bukan pelajaran.

Bila dah ngerti, then segala benda alah yang menkacaukan jiwa, meresahkan perasaan, tak puas hati dengan cara tarbiyyah dan lain-lain secara automatiknya terhapus. Kenapa? Sebab apa yang didatangkan di sini of course dalam penguasaan Allah. Dan Allah lah sebaik-baik Murabbi. Kalau kita tak suka a.k.a tak redha, then, apa makna serah diri (islam) kita?

Kat Malaysia memang best bila berbulatan, pengisian akak2 yang suapkan, kita jadi pendengar je. Bila mutaba'ah amal berjalan atas pengetahuan sendiri je, tak pernah ada tasks. Berubah pun atas kesedaran sendiri, akak tak pernah suruh.
Bila sampai sini plak, kena cari sendiri info untuk pengisian dalam bulatan. Mutaba'ah amal ada dalam tasks. Nak buat apa2 mesti terus kena tegur ni boleh ni tak boleh.

Memanglah sangat stress at first. Tapi, bila dah fikir dalam2 baru nampak hikmah dia. Kau duduk jauh dari family, balik M'sia 1 sem sekali, tu pun kalau tak gi meronggeng. So, nak harapkan sape lagi yang tegur kalau buat silap. Mutaba'ah amal plak memang takkan meningkatla kalau nak harapkan inisiatif sendiri je. Dulu masa kecik2 kalau mak tak paksa solat, mengaji semua, jangan harap semua tu masih lekat sampai sekarang.
So, sekarang brenti mengeluh, try to change, then tarik senyum 227!!

Renung-renungkan dan selamat beramal!


Monday 3 October 2011

Terbaik!!!

Buat teman yang dah blur-blur nak jawab apa, or dah fed up sangat bila ditanya soalan yang sama je. Sila rujuk typo takkesah berikut. Memang terbaik, enak dari ladang


Btw, gua lulus pretest anat.kbai

Wednesday 28 September 2011

EMCEQI

Bunyi melayunya MCQ. Hakikatnya itulah pronounciation kat sini. Apa nak buat? Dah memang bahasa dorang, takkan nak marah or tunjuk tak puas hati plak kn. Tergelak tu ada la. Tapi, dorang pun akan gelak jugak bila kitorang cakap melayu. Fair la kan.

Sekarang adalah fasa dimana kitorang kena cepat2 pickup apa yang dorang cakap, then terus apply. Parah sekarang ni faham tu memang faham tapi nak cakapny tak boleh. Untung orang Sabah or sape2 yang pandai cakap baku. Kitorang yang pure melayu ni, bila cakap BI (bahasa Indonesia) je, dorang sama tak faham coz sound weird.LOL.

Schedule setiap hari takdelah padat sangatlah, tapi bila balik semua akan terbongkang. Badan rasa penat sangat. Nasi pun makan 3 kali sehari.haha.. Study method kat sini  based on problem-based-learning (PBL). So, everyweek akan ada 2 kali tutorial. Then, kena discuss blablablablabla..... Takde masalah cari masalah. haih.. Tapi, terpaksalah involve sebab itu adalah markah.:(

Lepas ni kena belajar balik ABC versi indonesia.peace

Monday 26 September 2011

Now begins

Kurang lebih 2 jam lagi secara rasminya aku akan jadi budak kage medic. Perasaan still 50-50. Kita tengoklah progress dia nanti. Itu saje, aku kena belek buku dulu ni. Bukan nak tunjuk rajin, tapi memang study method orang kat sini camtu. Sebelum masuk kelas, kena study dulu subjek yg akan belajar. Serabut kan??kbai

Sunday 18 September 2011

Teringat ni

Teringat kampung halaman. Terbuka tumblr takkesah ni. Cam related kan, but there is no word of 'kebetulan'. Dan ini jugak post kedua pada hari ni. Semestinya bukan buang tabiat..hohoho






Kau ada??

Aku diarrhea setiap hari. Kau ada? Telan pil chi kit teck aun setiap hari macam makan multivitamin je..huhu. Hari tu, lepas jumpa Guardian kat Amplas terus je tambah stok pil hitam ni. Btw, kat sini dorang panggil cirit-birit ni diare. Nak explain bukan main susah lagi hari tu. Beli ubat pun masalah.

Aku makan benda yang orang lain makan je pun, tapi yang ulang-alik toilet aku je..huhu*homesick tetiba. Anak manja.kbai

Hari ni dah selamat beli mask kat sunmor/ sunday morning (pasar pada pagi ahad). Corak mask kat sini sangatla comel, maybe dorang tengah fanatik korea yang amat sangat. Asal beli topeng?? Nak masak okay!! takut nanti terpercik minyak panas kat muka, tak cantik la kan. Eewwwwww. Takdelah, actually kat sini udara sangatlah tercemar. Just to ensure my lungs stay healthy. Ngerti nggak??

Masih liburan coz kelas start next week.kbai


Wednesday 14 September 2011

One by One

Salam alayk. Kurang lebih seminggu menerbangkan diri ke bumi Yogyakarta dari tanah air Malaysia. I can say that the environment here is totally different than in Malaysia. So, what can I do?? Just follow the flow because for the thing to change I must change first. Wah, bravo!! rasyidahyasin semakin optimist. 

Dan memang sungguh semakin hari aku rasa semakin mengadaptasi keadaan kat sini. Dan yang penting perubahan ni adalah ke arah sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah. Disebabkan waktu disini lewat kurang lebih sejam dan waktu solat yang sedikit berlainan dari Malaysia. Subuh dalam pukul 4.15 pagi dah masuk waktu. So, pukul 4.30 dah bangun untuk solat Subuh. Waktu solat sangat terjaga, azan je terus cepat2 solat coz takut habis waktu. Semoga akan terus teramal. Amin.

Keadaan lalulintas kat kota Yogyakarta sangatlah sibuk. Sedikit berlainan sibuknya dari di Malaysia sebab kat sini bilangan lampu isyarat sangat terhad. I've no idea why?? Sangatlah tidak teratur keadaannya, yang mana nak U turn? yang mana nak terus? yang mana nak belok? Tapi dorang okay je. Sudah terbiasa barangkali. One more thing, kat sini bila anda hon kendaraan anda bermaksud 'beri laluan, aku nak lalu ni/ lepas ni aku plak nak lalu'. Jauh berbudi bahasa dari kita yang hon orang lain untuk sound orang tu buat salah.

Makanan plak still xboleh telan sangat, taste lain. Bayangkan ayam KFC pun rasa lain. Kenapa? tak tahu. Makan nasi pun tak berkuah. Nasib roti kat sini sedap, tapi takde Gardenia..haha, demand plak. Sangat rasa bertuah bila senior Malaysia ajak makan kat rumah dorang. Asik!!

Yang paling menggembirakan rasyidahyasin dah pandai bawak basikal!! Walaupun at first handle tak stable, kena tinggal kat belakang, pakai speed 1 all the time (baik takyah pakai Polygon!), then basikal terlompat2 coz brek mengejut..wahaha. Esok, mungkin ada improvement, insyaAllah.

Seriously cakap, kalau kita berada dalam zon selesa kita takkan pernah berubah. Lastly, pesan dari teman buat teman, betulkan niat. Kenapa anda disini? disini itu bergantung dimana anda berada sekarang..Daaaaaa



Thursday 1 September 2011

time pass away

Hari ni dah masuk 1 Sept. Nak cakap itu je. Okay, chow dulu. Masa dah start jealouskan aku. Time semput2 ni lah kan!! Haihhhh :(







Tuesday 30 August 2011

Saturday 27 August 2011

hohoho!!

Alhamdulillah.. Beta berasa sangat sukacita dan bahagia yang amat hari ini kerna RM masuk lagi, Bahagia dapat elaun dari jpa pun blum habis lagi. Al-maklum dah lame duk rumah tanam anggur. Terang-terang tanah lagi dah bertolak ke kompleks sukan tertutup Gong Badak. Semangat coz kat dalam tentatif tulis pukul 8. Nak dapat duit bersusah payah pun tak apa la mak kiah. Bila sampai dalam kul 9lebih majlis tak start lagi pun. Tunggu ketibaan MB Trg, Dato' Ahmad Said bagai. Manusia dalam kompleks tu takyah cakap la, ramai sangat sampai aku hilang parents sekejap..LOL*cambudakkecik

Penerima dalam 46++, tak campur mak, ayah, tok, nenek lagi. Hish, ramaila. Dalam ramai2 ni kompem2 la jumpe orang yang aku kenal, atau orang itu kenal aku*bajetfemes. Dari kawan sekolah rendah, then junior SESMA, geng PLKN pun ada..wahaha..

Habis perasmian bagai, semua dijemput naik pentas. Ingatkan dapat cash terus rupanya sijil tahniah je. Duit claim kt kaunter DUN masing2 kat luar neh..haih, sesungguhnya hari ini aku berpuasa.:b

Nak selit jugak ucapan MB yang begitu memuji Muhd Firdaus bin Samsudin. Siapa dia ni?? Super senior masa kat SESMA dulu. Dia dapat ijazah kelas pertama dalam bidang biotech kat Imperial College, London. Then, dapat plak buat master kat University of Oxford. Wah, memang sangat bangga la! Tetibe semangat nak belajar terbakar-bakar.

Lame2 beratur dapatla jugak cash 10rat. Takdela banyak sangat, tapi syukur la daripada takde kan. Perasaan same bile dapat 15rat dari FELDA hari tu, tapi semua dah habis beli-joli..LOL
Thanks Yayasan Trg. Much more thanks to The Beneficent, Allah.


Thursday 25 August 2011

shocking me!!

Dapat mesej dari nurainamirah terus je buka balik laptop, padahal baru je lepas shutdown. Berita pasal UGM dah tetapkan roommate kt hostel nanti. Penting ni, mesti kena buka terus! Bile dah tahu tu, sedih menonggeng*exaggerated. Bukan apa, manusia kalau dah merancang, but then apa yang http://www.blogger.com/img/blank.gifberlaku sebaliknya. Frust la bebbb!!

Memang takkan sedih kalau dari awal tahu yang roommate dah ditetapkan. Takdelah plak kawtim ngan sape2 jadi roommate kan?? hoho.. Inilah perancanganNya. Terus ingat sharing dari kak Fisya. "Orang selalu cakap, 'sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri'. Korang rase betul tak ayat ni?" Memang akal aku memikirkan ayat ini salah. Kenapa yang buruk itu datang dari diri sendiri sedangkan yang menciptakan segala benda tu sudah semestiNya Allah s.w.t. Faham takk?? or kalian pun keliru jugak?!:b

Then, kak Fisya pun huraikanla.. Ekceli, ayat ni dah betul. Kenapa?? Allah kan memberikan apa yang terbaik untuk kita. Apa yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri. Contohnya berlakunya kematian orang tersayang, semalam jatuh longkang, minggu lepas accident, kelmarin demam panas, exam tak pass, dan macam-macam lagi. Semua tu adalah terbaik, kita je yang fikir semua tu tak baik, buruk, malang dan sebagainyalah. Kan Allah lagi tahu..

Lepas fikir-fikir balik, taknak sedih-sedih dah. Emo je sikit-sikit. Tapi, tetap doa moga2 UGM still bagi ktorang chance utk merealisasikan rancangan yang telah tergendala..wahaha





Monday 22 August 2011

sedih or senang?!

Ramadhan kian berarak ke pelabuhan. Sang beriman mula resah dan gelisah mengenang hari-hari tanpa Ramadhan kelak. Sedih mula menyelubungi kerana tidak sanggup berpisah lagi. Namun sang munafiq berteriak Huray!Huray! tatkala pantai berlabuh telah mula kelihatan. Sang dungu terpinga-pinga tidak tahu menyukat rasa.
Days of fasting have I gone thru, each mentions me Syawal is coming, none reminds that Ramadhan is leaving

kredit to zuhilmi ahmed

Sunday 14 August 2011

sabtu . hongeh

7am . adik . Perhentian Bas Kuala Terengganu . upstairs . survey . jalan kaki. Hock Kee Seng . super senior . buatderk . caricari . bingo! . 2helai . promoter . senyum . bayar . waiting . t-shirt . walking . Arena . Adidas . Nike . Nonononono . naikatas . thatisit . pokai . BankIslam . -RM1 . penat . kedaimakan. duduk . tengokorang . 20sen . jamakqasar . Nadia Jom2 . SMASZA . salam . round . tudung . tempatsame. 1jam . belije . 1msgreceived . bill-barred . ignore . lewat . turun . waiting . bas . jetlag . tidur . 1830 . homesweethome . letih . now . reminiscing:)

Friday 12 August 2011

Lagi cerita duka T_T

Sad to hear that 3 out of 4 my adik usrah follow my step. Tak lepas cut of point A2. Sabar dik, percayalah inilah yang terbaik. Semoga ujian ni dapat memantapkan lagi iman korang. peace! Ada rezeki dapat kite makan bakso sama-sama kat indon nanti ek..hehe
Anyway, congrates Hidayah! You could make it. Bravo!

Another four yang dah tahu result AS, tahniah! But, one thing to stress here, AS bukan lagi penamat. Berjaya dan gagalnya anda disini bukan berjayanya dan gagalnya Alevel kalian. Faham tak? Ayat cam susah nk susun nk bagi faham.hehe.. Go on with your A2. Aja aja fighting!

Saturday 6 August 2011

1 month to go!

I really really hate countdown! Why?! No idea.. even countdown for the exams always half-way done, then lost.kelautt.wahaha
Tapi, realitinya tetap tinggal lagi sebulan...waaaaaa..sambung belajar balik!! Physically and mentally unprepared yet...... okay, tipu.. half prepared, since dah beli barang (walaupun, list banyak lagi xtick), dah siap mc, dah vaccinate, dah blablablabla...
Better, I stop here.kbai

Friday 5 August 2011

Tak paham betol?!

Alhamdulillah, tahun ni berkesempatan bertarawikh di kampung halaman.. Tapi, satu fenomena aneh berlaku! dan sampai sekarang aku memang sangat tak faham bila solat berjemaah (berimam) but then semua makmum duduk sehasta jauh?. Adakah situasi ini common dimasjid-masjid & surau-surau kat kampung?

Rasa sangat tak best bila berdiri tak bersentuh bahu dengan jemaah kt sebelah, tak boleh kongsi sejadah, then duduk tahiyyat akhir boleh duduk dengan senang-lenang tanpa bertindih kaki...waaaaa..sangat sedih T_T. Kebiasaanya bila seorang makmum conquers satu sejadah memang kompemla ruang antara makmum itu sangat luas utk anak setan menyemak. Nasib semua dah kene belenggu!

Apa aku buat? Semalam bila imam dah iqamat aku rapatla kekakan then ajak sorang sis kt belakang suruh masuk sebelah kiri ni. Kenapa panggil sis ni? coz sebelah kiri aku ni mak sis tu & umurnya yang sebaya dengan aku. Malangnya, reaksinya negatif. Mak dia plak tunjuk muka heran macam impossible je nk celah sorang lagi. Ish, tak paham betol?! Bile dah macam tu, apa lagi, solat jela. Bila aku rapat kekanan, jemaah sebelah kiri tak gerak rapatkan saf. Bila aku rapatkan kekiri plak, kanan pun tak gerak,.. Ish, sangat tak paham la?!

Bi'ah (suasana) tu takkan berubah, kitalah yang kena merubah bi'ah itu. Ni ayat murabbi yang kene take note. Cara apa lagi ek nak kasi makcik2 tu faham? Takkan nak announce kot!Tu imam dah buat dah. Pening~ Anyone??help me!!

Dari Nu'man bin Basyir mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata: "Hendaklah kamu meluruskan saf kamu atau kalau tidak, Allah s.w.t. akan membalik-balikkan wajah kamu menjadikan bertentangan antara satu sama lain."
(Sahih Bukhari)

Selitkan hadis diatas walaupun kompem2 makcik2 xbukak blog ni. At least, to one who reads this post.
May peace be upon you all :)

Sunday 31 July 2011

Selamat datang Ramadhan!

Diharapkan sangat amalan Ramadhan tahun ni boleh diteruskan dengan istiqamahnya ke bulan-bulan seterusnya. Amin.. Bukan umpama rancangan ketuk-ketuk Ramadhan yang hanya bersiaran di bulan Ramadhan.(heh, bunyi macam peribahasa kn)

...............................

Setelah ditaip,didelete,ditaip, didelete, ditaip, didelete.... post sependek diatas je yg tinggal. Tu pun macam patut dipublish tanggal 29 ramadhan je :(

Takpela. Anyway, selamat beramal. KBAI

Friday 22 July 2011

Seppp!!!

You're with me if you see...



this glass is half-empty..

Sorry, u're..
Negative thinker, or better I put here pessimist!
Anyway, smile :)

Sunday 17 July 2011

U choose this field

Once I listen to this phrase, I just smile (tapi dalam hati menangeeeesss).. No smiley suit my feeling...wahaha

InsyaAllah, all will be fine coz only He knows what is the best for me. I'm pretty sure:)...

Que sera sera......

Friday 8 July 2011

Bukan Kerana Nama

Ni tajuk lagu dari Ramli Sarip
Selama ni nyanyi2 je,hohoho..
hari ni baru perasan ada banyak nasihat dalam ni.

Jangan kau pandang bibir yang manis,
Kerana dia bisa menghancurkan,
Jangan kau pandang wajah yang indah,
Kerana dia bisa meracunmu.

Dengarlah hai teman,
Dengarkan bersama,
Aku menulis bukan kerna nama,
Kerna sifat kasih,
Pada sesama insan,
Dan menyatakan kasih sayangmu,
Kita sama semuanya sama,
Apa yang ada hanyalah kehidupan.

Jangan kau dengar puisi cinta,
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu,
Dengarkan puisi di pusaka,
Yang telah turun temurun ini.

Jangan kau alas hatimu itu,
Dengan secebis warna kehitaman,
Dialah seperti anai-anai,
Lambat laun hancurlah dirimu.

Jazakallah papa rock :)

Thursday 7 July 2011

Burung vs. Cicak (kisah Nabi Ibrahim)

Ingat lagi tak kisah Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya?! Errmmm.... Ingat atau tidak, sila teruskan pembacaan.
Melihat keadaan itu ada seekor burung kecil terbang berulang-alik membawa air dalam paruhnya dan menyiram ke dalam api yang membakar Nabi Ibrahim. Itulah yang dilakukan berulang-kali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain. Lalu mereka bertanya kepada burung kecil tersebut, 'Buat apa kau penat-penat mengambil air berulang-alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak terpadam dengan air yang kau siramkan itu'.

Lalu burung itu menjawab, 'Memang ia tidak akan memadam api tersebut, akan tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apa yang aku lakukan kepada agama Allah? dan Allah tidak akan bertanya aku samaada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak.

Dan janganlah kita bertindak seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api itu akan marak lagi membakar Nabi Ibrahim (walaupun hakikatnya hembusan itu tidak memberi kesan ke atas api berkenaan).
(Al-Anbiya':69) Kami (Allah) berfirman, "Wahai api! Jadilah kamu dingin, dan penyelamat bagi Ibrahim"

Ibrah: Allah tidak melihat hasil, tetapi apa yang kita usahakan!!
Refleksi...T_T

Wednesday 6 July 2011

If... Then...

Kalau kita takut...............(sila isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai), maka kita akan sedaya upaya untuk menjauhi .................(jawapan kena sama dengan sebelumnya)

Okay, I make it clearer
For instance...
Bila kita takut hantu, lipas, cicak, katak, lipan, perogol bersiri, orang gila, lelaki(eh, ada ke?!), dan sebagainyalah, surely kita akan lari kan. (jerit2 meroyan terkecuali ek)

TAPIkan....
Bila kita takut ALLAH, kita akan mendekati Dia

Sunday 3 July 2011

AMARAN!



SG tu stand for what hah?! Sangat Ganas barangkali.
Post ini ditaip oleh seorang yang betul tidak berperikebinatangan...Anda tidak percaya?!hoho, maka boleh disimpulkan taaruf anda dengan rasyidahyasin masih belum begitu mantoppp..
Namun, sikap ini hanya terserlah dengan....



Sekali tengok, gee,..sangat comel!
Dalam gmbar bolehla, tapi bile dh menempel kt kaki 'boleh blah tak?' Bukan alergik bersin-bersin pun, cume tak suka kucing gesel2 kt kaki.
Istighfar banyak2, tapi memang inilah realitinya..sepak terajang jadi mainan, sepak plak smpai terkena kaki kerusi! Sakit wo!!!
Dulu mase kt SESMA, sicuking ni selalu masuk dorm. Tak penyapu, hanger aku bagi..Ya Allah , memang kejam. Kt dewan makan dorang suka bertenggek atas meja makan. Bagi mengelak lebih banyak dosa, aku duduk ngan orang yang penyayang. How lucky are you?!
Story ni tak btul2 SG la..ni lagi thriller..
Memang kisah benar dari pengalaman seseorang. Rumah dia ada seekor kucing (usia unknown). Adik2 dia suka main kucing ni. Satu hari tu, dorang pun berebut nak main ke macam mane ntah ngan kucing tu. Sorang pegang dua kaki depan, sorang lagi pegang dua kaki belakang. Mempertahankan hak masing2, aksi macam tarik tali pun berlangsung. Okay, nampaknya anda sudah dapat mengagak apa yang berlaku seterusnya.. Begitu tragis! Kucing terputus 2..

Okay... Berbalik kepada cerita asal. Sedih bila terkenangkan diri yang begitu kejam! Dengan binatang kesukaan Nabi s.a.w. plak tu. Selalu teringat cerita yang sorang pompuan ni baik, solehah, suka beribadah etc... Endup masuk neraka coz kejam kt seekor kucing, in this case kurung & xkasi makan...Bila la aku nak jadi penyayang ni?! sob sob sob...

Thursday 30 June 2011

GRRRRRR


This is what I feel right now
outside in
inside out
upside down
downside up

I wish the upcoming July will be so 'hoyyeh'
insyaAllah...

Monday 27 June 2011

WIMOZAD SDN. BHD

Ini adalah nama syarikat a.k.a nama sekolah memandu aku. Xyah laa rajin bebenor nk g google. Da dapat lesen memandu semua? xpun baru lesen P? xpun L?...ermmmm, at least kalian tahu apa itu binatang yang bernama kereta.

Bukan nak berceloteh banyak pasal kereta ni, cuma nak sentuh sikit pasal gear. Kereta bertranmisi manual (auto xyah critela, as simple as simply siti je) biasanya bergear 1-5, yg power sikit smpai gear 6. Tambah lagi 1, gear reverse, xde ni lintang pukang taw tak. Kepada yang still zero, or blur2, bawah ni da attach pic gear...



Wah, ingat plak time mula2 belajar main gear ni! Menitik poluh pompuan den, (ckap betina, jalang benor bunyi eh).. Padahal atas bawah, atas bawah je LOL. Okay anak-anak, kite mulakan dgan gear 1. Nak masuk gear, kaki kiri kena tekan clutch smpai rapat, kalau tak bunyi yang mempanikkan anda akan terhasil..kreeeeeekkkk... Then, tangan kiri tuilkan aje gear 1. Senang kn?! tapi kite tengok step seterusnya... Kaki yang dekat clutch tadi angkat slow2, ha tengok kereta dah gerak.....Tapi step ni biasanya first learner akan fail!! Mapuh enjin!!

Disebabkan enjin asyik mati je, anda belum layak belajar lain-lain gear apatah lagi naik jalan raya. Step by step. Belajar gear 1 dulu smpai pro

....................................................................................

I'm at gear 1 right now...:(
where I...
1. drive very slow (to the power of Tera)*doing the da'wah
2. tend to off-engine, futur is the best word I guess
3. need the good handling of the clutch. Errrmmmm, mujahadah kot.

I guess this is better than I just sit at gear free.
&
Now, I really want to learn how to move to gear 2 and so on...

Thursday 23 June 2011

Ini Serius

Assalamualaikum.

Sekarang fikiran bermain-main dengan persoalan....

Do I....



Walk the Talk??
sob sob sob...!

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
(Al-Hadid: 2&3)

Okay, sekarang muka betul-betul sedang cemberut. Nampak tak betapa seriusnya entry ini..(ejaan pun tak ada short form)...:P

Tapi, ini bukan alasan untuk SAYA dan anda stop the talk...

Demi masa. Sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh serta nasihat kepada kebenaran dan kesabaran.
(Al-Asr: 1-3)

Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.
(Luqman: 17)

Wednesday 22 June 2011

Ulangtayang

Sesekali tersoal kenapa aku dijalan ini??
Maka terimbaulah sejarah zaman tok kaduk dulu.....
jeng jeng jeng......



Alhamdulillah, lepas dapat result spm yang terbang warna (mind my language), aku pun mintakla segala mcam scholar yang dirasakan agak2 sesuai. Scholar Petronas memang out of the list awal2 lg, coz tak minat nak jadi engineer and bekerja dengan mesin. Itulah, tak sedar yang kebanyakan manusia sekarang ni pun mesin jugak..T_T. Satu lagi career yang dihumban kelaut ialah cikgu. Tak tahu apa yang elergik sangat, tapi memang akan berasa sedikit sengal bila mengajar sekali, orang tu tak faham-faham. Senang cerite kurang sabar. Teruk bukan?!

Antara bakal-bakal sponsor adalah JPA, Yayasan Trg, dan FELDA. haha.. Mungkin tidak segah Bank Negara, Khazanah....etc. Ditaip dengan rase humble sekali. Ok, meh nok cite se se..

1. JPA
Isi borang online. Main mintak je dentistry tanpa melihat syarat2 kelayakan. Memang sengal. haha.. Alhamdulillah, dpat gi interview. Maka hadapilah interview yang sedikit hipokrit (anda pun begitu bukan!?) dengan lancar (sedikit gagap sebenarnya). Then, test phycho online. Tunggu result.....

2. Yayasan Trg
Isi borang ni sebab tengok orang lain isi and main hentam je. They offer Medic and dentistry in Egypt and Russia. Aku tak ingat aku pilih yang mane?!:P Dia ada buat IQ Test kat hall Pustaka Awam Trg. Jumpe SESMArians yang mintak skali. Ni yang paling ingat coz kene tangkap cheating [read:meniru] oleh invigilator. "Awak, sila duduk jauh-jauh sikit". OK, letak muka dalam laci..malu weh~~~ Then, esoknya pergi interview plak kat office yayasan. Memang dah rse down actually, tapi bila tengok parents dah semangat habis, pergi jela. Keluar dari bilik interviewers dengan hati yang sebal. Interviewers ad 3 orang, yang diinterview 5 orang, including me (if i'm not mistaken). Bila ditanya, "what is your next planning after finishing your 10 years working contract with the government?". Dengan lancar aku jawab "I'll quit and will have my own clinic"....stuffs like that.haha.. begitu bercita-cita kan? Langsung tak hipokrit. Dengan lirikan kornea mata mereka aku sudah pasti kegagalan sudah pasti dalam genggaman.^o^

3. FELDA
Permohonan FELDA sedikit rumit kerana perlu download borang dari internet dan kene poskan. Bila dah sampai, dorang pun call. Berbunyi kurang lebih begini "Adik, tahun ni Felda tak taja untuk perubatan dan pergigian. Course yang ditawarkan adalah architecture, accounting...blablabla..". "Knape kak?". "Felda takde hospital dik, its bring no benefit to us"."Ow, ok. Sory ye kak..lagi sekali, ap course tadi kak?". Kalau akulah, dah letak telefon tu, tadi aku xplain panjang lebar xnak dengar..akak tu pun ulang lagi sekali, budaya budi bahasa memang terserlah disitu:). "Akak, saya nak actuary science la kak, cam best je bunyi..". Lepas tu felda ada hantar surat untuk g interview kt kl. Aku menguzurkan diri untuk hadir tanda mogok coz stop hantar student buat dentistry, tahun lepas boleh je. Namun, mogokan hanya tinggal mogokan bila dia call. "Adik, pagi ni interview, adik datang tak?". "Tak, saya kat trg ni". "Ow, ok".. fullstop sampai disitu aje.

Aku dapat gak tawaran g matrikulasi kole pilah dan foundation dentistry kat UIA tapi dua-dua tolak. Harapan hanya pada no 1. tup..tup dapatla jugak scholar JPA. Alhamdulillah. Further dentistry kat India, before that kene buat A-level dulu for 1.5 year di Kolej Teknologi Timur(ckap KTT mne korang kenal). Dan kene lulus cut of point yang telah digariskan oleh JPA. Cerita berakahir tragis apabila point aku tak lepas. Maka bye bye to dentistry dan India... Disinilah dimana iman benar-benar teruji...selalu mengeluh.. perkataan kalau ini dan kalau itu yang tidak patut dilafazkan bermain di fikiran. Dulu kan pernah tolak foundation dentistry. Felda yang nak hantar pergi negara bersalji pun tolak. Dulu mane tahu nak google-google apa tu actuary science bagai. Itulah takdir, telah tersurat. (ref: hadith 4 dalam Hadith 40.) Namun memang namanya manusia, selalu sedih dengan masa lampau dan takut dengan masa datang. Dahla tu, la tahzan and never give up bebeh..

Dalam kegagalan, sekarang aku ngerti apa itu namanya hikmah disebalik kejadian. Kerana di KTTlah benih tarbiyyah mula tersemai..Alhamdulillah.
Dan aku yakin inilah jalan yang terbaik untuk aku. (2:216)

Sunday 19 June 2011

Ahad yang gemilang

Hari ni Tranu cuti, tu je..
& layan lagu ni..lirik yang xbasah sangat, tapi insyaAllah boleh maintainkan semangat semalam..



p/s: please ignores any unnecessary. Ni maybe 90-an punye band. kthanksbye

Saturday 18 June 2011

Hohoho...

New spirit is coming..
Ini setelah jumpe akhawat2 kole tranu yang sgt smangat!!! Osem dan hoyeh bak kate inche gabbana. Berlatarbelakangkan masjid terapung yang sangat comey,Berlantaikan rumput yang hijaunya subhanallah, kami berrehlah. Sila google, coz ana tak pandai arab..ana?!haks3..kurang lebih berkelah-kelah la kot makneny.

Jumpe plak batchmate kt SESMA dulu, Munirah and her sisters. Mak eh pun ad, Makcik Ita merangkap cikgu Masita mse kat sekolah dulu..Can I said that I gain the spirit here?? hahaha...macam mane tu? Siriyes excited nampak baitul muslim dipraktikalkan..:) Gler gelenya bunyi ny! So, sekarang apa lagi??...jom kite same2 bentuk diri jadi individu muslim. Bunyinya macaaaam senang, tapi xkan capai kalau tak mujahadah. Mujahadah? masuk plak bab muwasofat tarbiyyah.

Makcik Jah (makcik yang still dlam jlan dakwah, umur dh 47, subhanallah) ade cakap yang dalam 10 muwasofat tu semua perlu dipraktikkan, tapi ada yang paling utama iaitu bermanfaat kepada orang lain. Dakwah ni lah. Ingat kat dunia ni kalau kita tak sibukkan diri kita dengan dakwah, Allah akan sibukkan kita dengan bende lain. Same jekan..sibuk jugak. So, pilihlah...coz mati adlah pasti dan kita impikan husnul khatimah.. insyaAllah. Kubur masing-masing, kubur kau kubur kau, kubur aku kubur aku..takut jiran je nanti (p/s: ayat kejam & semestinya bukan dari Makcik Jah). Makcik Jah ckap kita akan dipersoalkan akan tanggungjawab kita dalam amar makruf nahi munkar tu. Belek al-A'raf ayat 164.

Btw, jazakillah khair Naddy, kasi stay 1 malam kat umah..:)

Thursday 16 June 2011

Cicak yang pemalas

Tajuk macam tajuk buku cerita kanak-kanak tadika je kan?? haha..
Teruskan pembacaan jika anda merasa anda seusia dengan mereka-mereka dan yang paling penting tidak merasa geli-gelimak bila dengar perkataan CICAK!!

Cerita ini bukan hanya rekaan semata-mata, tapi hasil dari tadabbur alam beberapa jam yang lepas. Yeke tadabbur?:) Actually scene ni berlaku kat siling dapur time duk tunggu turn nk masuk bilik air..kwang3.. kantoi suke mengelamun!
Ok, siriyes2..
cerita bermula.....

Kat Teganu sekarang memang selalu hujan petang2, xpun redup2 gitu. Memang tabiat la sang kekatu berkunjung mlam2 dibawah sinaran lampu kalimatang. Berterbanganla mereka kegumbiraan.. syiung..syiung..syiung...(background sound)
Disebelah pihak lagi, segala tok nenek kerabat cicak bertepuk-sorak kegirangan meraikan rezeki tuhan yang datang tanpa dikais pagi makan pagi ini.
Namun yang keluar hanyalah 2 ekor, yang lain sudah dinner barangkali. Alkisah dinamakanlah yang pertama itu Hitam dan kedua Tompok.

Disaat seekor kekatu memperlahankan momentum penerbangannya, dari jauh Hitam merancang strategi. Ditenung dari kejauhan, mengagak jarak dan pecutan yang perlu digunakan untuk menangkap mangsa. Ngap, dengan sekali percubaan sahaja, Hitam telah berjaya menyantap sang kekatu yang malang itu. Dalam masih makanan dimulut, Tompok datang mendekati Hitam. Menagih sedikit simpati mungkin. Namun dengan tenang makanan tersebut masuk ke esofagus Hitam. Langsung tak hiraukan Tompok yang juga kelaparan.
Seketika kemudian seekor lagi kekatu yang ingin mengikut jejak kawannya tadi memperlahankan penerbangannya. Hitam memberi ruang pula kepada Tompok untuk sama-sama merasai keenakan serangga itu. Namun, tiada sebarang tindakbalas daripada Tompok. Hanya memandang...sesaat...dua saat...tiga saat...
Melihat situasi itu Hitam terus bertindak. Kepasifan Tompok bukan masalahnya..Rezeki tuhan terus dinikmati...nyumnyumnyum. Tompok melakukan reaksi yang sama dimana dia mendekati Hitam dan lagi sekali menagih simpati temannya itu..Namun, hanya sia-sia...kelaparan la dia -cicak yang pemalas..
Tamat

Macam tak basah je kan kisah ni??:(
Xpe, kita renungkan ibrahnya. insyaAllah..
Apa-apa yang kita nak capai xdatang bergolek depan mata, kalau bergolek pun kite kene kejar kalau tak akan terlepas. Begitu juga perumpamaan dalam mencari ilmu Allah. InsyaAllah, akan ade je murabbi-murabbi dimana sahaja anda berada. Tarbiyah boleh berlangsung dimana-mana. Cumanya kita lah yang kene sendiri bersusah payah dan berusaha untuk mencarinya. Jangan nak tunggu orang suap je. Pesanan buat diri yang bernafsu lagi untuk menimbang-balik pertimbangan penjoinan rehlah esok.
Ngam tak ibrah tu. Cantik kan Allah susun, baru terkena batang hidung sendiri~

Tuesday 14 June 2011

Beristighfarlah...

Daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya:
"Aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: 'Iblis berkata kepada Tuhannya: 'Demi keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada dalam jasad mereka.' Allah menjawab: 'Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada-Ku."

Kalau dlam bulatan gembira mesti bleh share pendapat masing-masing~:(
OK..truskan ek
Kupasan yang simple je.. Nak highlight betapa Maha Pengampunnya Allah bila Dia ckap akan selalu mengampuni. Namun kita ni manusia selalu alpa, lupa, leka etc. Buat endah tak endah je bila buat dosa, esok-esok la nk minta ampun. Kalau confirm esok-esok tu hidup lagi takpelah jugak. Then, dosa pun terkumpul-kumpul-kumpul-kumpul dan kumpul.
Senget bahu kiri karang...tahu takut!!
Tak nanti sampai solat sunat taubat baru dikira taubat... istighfar jugak dikira salah satu cara. For instance, mata tertengok bende yang tak sepatutnya atau lidah tercakap bende yang tak sepatutnya, trus je istighfar..kan segera tu...
Kalau orang hutang kita, nak pulak orang tu cepat bayar..
Think about it!

Sunday 12 June 2011

Suka-suki~

Sahaja Terengganu tidak cuti hari ini kerana Allah Ta'ala.

Tarbiyyah semalam mengajarku..:)

Saturday 11 June 2011

Dugaan

Adakah boleh dikategorikan sebagai satu dugaan apabila Terengganu menang piala FA?
Ya...memang dugaan!
Kenapa?
1. Esok kemungkinan besar Terengganu akan cuti umum. Yeay!! itulah yang selalu diimpikan mse time skolah, but not now!
2. So, perancangan nk wat pasport esok pn akan terencat sebab pjbat imigresen mungkin tutup.
3. Parcel from Nugrahan pun dijangkakan akan sampai lewat coz probability pjbat pos buka esok adalah tipis.
4. Semakin parah kerana hari selepas esok (isnin dan selasa) aku tidak percuma. Urusan ulangan ujian jpj belum selesai oiiii..
5. Bila memikirkan borang2 kne smpai office Nugrahan before or on 15th June, buat kepala ni makin pening. Bermakna pasport kne siap sebelum 15 haribulan!!

Gimana sik...
Kita hanya merancang tapi Allah adalah sebaik-baik perancang.
Lega sikit bila teringat ayat ni... coz, everything happens for a reason:)

Thursday 9 June 2011

Wake Up!!!

Salam alayk.
Kembali menulis setelah beberapa hari menyepi. Pergi menyahut peluang yang diberiNya dikala diri benar-benar 'tidur'. Almaklum dah 6 bulan bercuti. Inilah nikmat yang selalu diingkari nikmat kesihatan & kelapangan masa. Astaghfirullahal'azim.

Sedang enak mengaratkan diri dengan kejahiliyahan, dibuka hati ini utk join daurah. Selalu, dah 3kali experienced this.:) Alhamadulillah. Merasa diri disayangiNya. Jazakumullah juga untuk akhawat yang bertungkus-lumus.

Sentapan demi sentapan dihidangNya.(*I repeat sentapan not santapan).

Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka malalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik.
(Al-Hadid 57:16)

Bangunlah!!!!
Misi kita sangat besar dan masih jauh.......

Wednesday 1 June 2011

Suluhkan cahaya dihati terang




Sangat best lagu & video ni..
Suke part Imam Muda Ashraf cek hati patient:)
Eh, cek dada utk dengar heart beat la...
Ikut tafsiran masing2, xde markah utk betul or salah..
Cume terlintas ayat surah Al-Hajj (22:46)
yang portrays pasal hati kat dada..
Pastu dpat sms jom solat, sangat interrelated.
So sweet..:)

Tuesday 31 May 2011

He makes me smile:)

31 MEI

1. KANDAS JPJ...ce teke kat mne???
expect the unexpected...
3 penjuru..mmg xbajet langsung.
xpe usaha lagi.

2. LULUS UGM entrance exam...
memang rezeki coz overall 50Questions, jwab 25 je.
Dengan buku tak habis bace & tusyen tak pergi..
Pengubat hati xdpat further dentist.
All praises to Him..

..Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.
(At-Talaq:2&3)

Monday 30 May 2011

31 Mei

Kurang 24 jam dari sekarang.......
Xsah cowndown ea,
Nantikan aje.
2 takdir hidup dentist.tak.jadi....

Akan terjawab esok...

Tuit-tuit, Bismillahitawakkaltu'alallah

Friday 27 May 2011

Senyum, tak perlu kata apa-apa..


Kacak luar,
kacak dalam,
kacak dengar sini,
kalau saya senyum awak mesti senyum sekali,
kalau kita senyum semua orang berjangkit,
bila semua orang senyum dunia tiada penyakit..
(Senyum by Malique & Najwa)

Bukan susah sgt nk balas blek senyuman orang kan,
Kemon la, janganla sombong sangat,
Tak luak pun.. tambah lagi pahala adalah..
Kan senyuman tu sedekah.

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:"Rasulullah S.A.W bersabda "Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu kedalam bekas air yang dibawanya.
(Riwayat Ahmad)

Sunday 22 May 2011

Lagi Pasal HATI.

Apabila kata-kata keluar dari hati, ia akan langsung masuk ke hati para pendengarnya tanpa memerlukan keizinan, tetapi bila keluar hanya dari lidah maka pengaruhnya tidak akan melampaui telinga. Orang yang memiliki hati yang hiduplah yang dapat mempengaruhi pendengar dan pengikutnya. Sedangkan orang yang mempunyai hati yang mati tidaklah mampu menghidupkan hati orang lain. Sebab orang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikannya kepada orang lain. Umpama wanita yang tidur yang tidak sama dengan wanita yang kehilangan anak.(DR. YUSOF AL-QARDHAWI)

Saturday 21 May 2011

Random~

1. Rase mcam nak update blog.
2. Tengah tunggu result entrance exam UGM. Kpd dak2 scholar mara KTT yg apply same g Indon good luck ek entrance exam next week.
3. Tengah belajar memandu, ckg jganla marah2. Saya budak baru belajar. Dah nasib badan dpat ckg bekeng. Kpd korang yg dah pegang lesen besar CDL tu jgan naek tocang, bwak kete leklok. Ingatlah org yg tersyg.
4. Rase mcam dah xsbr nk g shopping barang2 nk fly, bior result xkuar ag pun. hehe. Semangat nok blajor dokla gini seme.
5. Dalam usaha nk mengkhatamkan buku2 tarbiyyah yg dah berkurun beli. Teruk betul! nasib semut x buat sarang ag kt dalam.
7. Baru pandai buat puding gula hangus, Alhamdulillah. Tengkiu sis:)
8. Dpat lg 1 feveret drinks. Air kotak Marigold barley+lemon. Perlu k bgtau...tp, cubelah. Sodap...
9. Barakallah utk semua bkal pengantin. Lupe ek? kan sek dh nk cuti, setiap hari mesti ad walimah. Tak lupe juge ucapan utk my cousin, Abg Li and my beloved uncle, Ayh Long. Yeay, nk dpat Mak Long baru..tp serius ckap, dah nk dekat ni Ayh Long nampak mcam Abg Long dah..ngee~
10. Ralit sgt bace, xsedar ek point no 6 tertinggal.!

Special sket:
6. Ditujukan kepada Aishah Noor Azam. Selamat sambung belajar di tempat baru. Belajar rajin2, jgan main2. Aku xde, dah xde kwan nk fail same2:( So, kne struggle tau. Mingle ngan org baik2 sket. Yg penting teruskan dgan tarbiyyah.:) All The Best!

Thursday 19 May 2011

Terima kasih

......
6. ...

5. Terima kasih sahabat, kawan, geng, jemaah, saing sbab sudi berkawan, berkongsi bahagia dan sedih, tawa dan tangis. Juga menjadi tempat luah perasaan, tak puas hati kt orang lain kawan plak kne tahan telinga. Sayang kamu.

4. Terima kasih cikgu2, lecturers, para murabbi sbab sudi memberi tunjuk ajar. Memang sangat mencabar tanggungjawab nak membina seorang insan ni. Tapi tetap sabar, sangat kusanjung. Segala teguran bukan tanda menghina tapi mengajar, kan marah tanda sayang. Sayang kamu juga.

3. Terima kasih abang2, kakak2, adik2, sedara2, anak2 buah, sepupu-sepapat, sebab tidak menjadikan aku tunggal dimuka bumi ini. Tidak merasakan diri keseorangan kat dunia ni. Kehadiran rasa menyayangi dan disayangi. Sedar tak sedar anak buah dah 11 orang. Sukenya!! sayang semua

2. Terima kasih mak ayah sbab dah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang. Dari kecik sampai dah besar ni. Segala penat lelah, jerih perih mendidik aku sampai ketahap sekarang ni memang takkan dapat kubalas. Love u Mek, Ayoh.

1. Terima kasih ALLAH sbab beri aku semua diatas, memang tak tertaip coz banyak sangat sangat sangat...........thank you Allah

Ni Dia bagi cash kat dunia, kat syurga canne ek?
Subhanallah.
Tergolonglah kami antara penghuninya ya Allah..amin

A quantum of love to You.

Saturday 14 May 2011

kamu ade ape?

Daurah: Journey Of Muslim 2 (JOM 2)
Tempat: Sek Al-Amin Kerteh
Tarikh: ...(lupe)

brother: polan A, kamu pakai kopiah sape?
polan A: ni kopiah saye.(muke penuh confident)
brother: polan B, itu baju sape kamu sarung tu??
polan B: baju saye
brother: sure??
polan B: betul, mak saye yg belikan.
semua buat muke pelik. aku pun ready takut2 turn aku plak kene tanye nanti.
brother: polan C, phone merah tu kamu punye ek?
polan C: yup..
soalan serupa ditanya dlam konteks benda yg lain.
tapi jwpan lbeh kurang same (dengan reaksi muke yg confident)
maybe dah boring jwpan asyik salah je, brother ni pun kasi jawapan.
brother: bukan!! semua ni bukan kamu yg punye. Kopiah, baju, handphone, dan semua yg lain tu bukan kamu yang punye. Semua tu ALLAH yg punye, kasi pinjam.
semua mcam terkedu.. sentap beb~
brother: so,sekarang ape yg kamu ade?? (muke psycho habis)
semua senyap, berfikir mungkin..(aku pun same,hehe..)
brother: kamu ade ape??
soalan diulang, xde gak sesiapa bg jwpan. memang dah blur~
brother: kamu ada apa yg ALLAH tak bagi kat malaikat dan iblis..
semua tunggu jawapan je, dah xbleh fikir..
brother: kamu ada PILIHAN.
Ooooo...mengiyakan je, memang itulah jwpanny kn..
brother: malaikat xde pilihan, dia tetap je sujud kt Allah. Iblis pn same, xde pilihan, kne buat jahat je, hasut manusia buat jahat supaya masuk neraka skali.
dijelaskan balik pilihan ape..
brother: kamu ada pilihan.. nak pilih jahiliyah ke islamiyah? baik ke jahat? nak ke tak nak? syurga ke neraka?....

So, syukurlah coz kita semua diberi pilihan.

*watak diunknownkan bagi mengelak sebarang kecelaruan identiti. apekah?! ngee~
*dialog pun diubah sikit2, coz lupe ayat asal.

renung-renungkan dan selamat beramal:)

Tuesday 10 May 2011

kembali berfikir??

sblum msuk UGM entrance exam..

korang aku x study pun,
xdpat UGM pn dpat placement kn?? okla..
aku ditahap redha dh ni,
tak kisah r xdpat UGM pun..

sekarang..

wei, mcam mne kalau kite xdpat UGM skali nanti,
xnak.....huhu

hari ini, kembali berfikir..
padahal xperlu fikir pun,,
kerana ALLAH tahu apa yang terbaik.

teringat balik kata2 Oni Wardah:
"syida, lepas ni nape2 pun, mung kene redha ek.."
yup, aku mesti redha.
pape pn kene selalu berdoa,
insyaAllah, kerana Dia Maha Mengetahui.

result will come out next week, yeay..
~(unstable emotion)

Monday 2 May 2011

muke legend, tp hati cute!

salam alayk.
intro utk n3 yg ntah hape2 ni..
penangan marathon 4episod maharaja lawak,
astaghfirullah...
dah tengok baru nak fikir baik buruk:(
memang lagho gler
serius wa cakap lu
ble gelak tak ingat mati
duration marathon ni dari kl sempat kot sampai umah aku,
naik sani ekspress ek, bkan firefly or siblings dye yg terbang tu
aku tak pernah naek ok..
imagine jela betapa kusyukny dpan laptop,
brenti pun nk solat, mkan, nap kejap
duk ats sejadah xde plak sekusyuk ni...
astaghfirullah..

karat jahiliyah,
ble menjengah dah xreti nk nyah,
selalu aku rase mcam ni ble keadaan aku mcam ni,
ntahla, baru je nk wt amal,
bersih hati..

syida oi,
bo la tu,
ble nk siqohny?!

Friday 29 April 2011

saya rindu mereka~

aku rindukn usrahmates..
aku rindukn kak naqibah n sisters..
aku rindukn muharikah..
aku rindukn usrah, daurah, jaulah, rehlah etc..
aku rindu pergi padang ktt, tadabbbur ramai2..
aku rindu nak travel ramai2 naik van adikme pergi daurah..
aku rindu keadaan susah payah tu..
aku rindu adik2 usrah (canne dorg skrg ek?)..
aku rindu mkan dlam dulang kat Bait Humaira, Fateh, Rumaisak..
mesti skrg RI ni dah banyak berubahkn?..

sungguh..sungguh..sungguh..
aku sungguh rindukan semua ni kerana mampu mendekatkan diriku padaNya
dan mampu buat aku menangis..dah nangis pun~

kalian.., termasuk diri yg menaip ni..,
semoga terus tsabat walaupun dalam 'awan' yg berlainan
selamat bergerak muharikah semua ke bumi india
'suburkan'nya dengan hujan rahmat..insyaAllah
tak hafal actually ayat ni, ingat awan je..hehe..
sila selak surah Fatir (35:9)

Wednesday 27 April 2011

aku ber'penyakit'?!

bila kepala pening sikit je, trus je telan paracetamol.
apatah lg klau demam truk?? mesti pergi klinik cari ubat...
mcam mne plak klau 'sakit'nya di hati/ kalb/ liver/ heart etc...
masalahnya wujud ke "klinik hati"??
mmg xkan jumpe, last2 jumpa ustaz mintak air penenang hati.
tapi aku xpernah buat..hehe..
apa khabar 'hati' hari ini?
esok esok plak canne??

'sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak'

pentingnya hati ni smpaikan Nabi s.a.w pernah bersabda:

"..ingatlah bahawa di dalam jasad itu terdapat seketul daging; apabila ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ingatlah bahawa seketul daging itu adalah hati."
riwayat Al-Bukhari & Muslim


so, mcam mne nk ubatkan 'penyakit hati' ni??!
setelah digodek-godek, alhamdulillah jumpa dlam lirik lagu Opick
Obat Hati tajuk eh..layan

ubat hati, ada 5 perkaranya,
yang pertama baca Quran dan maknanya,
yang kedua solat malam dirikanlah,
yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh,
yang keempat berbanyaklah berpuasa,
yang kelima zikir malam lakukanlah,
....

dah jumpa ubat mkan la kan..
so, skrg kne amalkan, insyaAllah sembuh..
semoga istiqamah.. Amin..






Tuesday 26 April 2011

muqaddimah

dh nameny 1st post, kenela ad muqaddimah dlu.
ye dak?..
Assalamualaikum w.b.t.
trus kepada motif sbenar aku wt blog ni
aku ni jenis homosapien yg xreti bercakap bg nasihat sgt..
berckap tu pandaila tp nadany plek sket...canne ek? mcam ala2 *mendogging la kot
da rmai mangseny...maaf kpd sesiapa yg terlibat.:(
so skrang anything bab2 nasihat or curahat (curahan hati) bleh wat kt blog  la kot..hehe
nawaitu, insyaAllah utk kebaikan..Amin

"sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan.."
riwayat Abu 'Abdullah Muhammad & Abu Al-Husain Muslim


belek balik hadis kasi refresh niat...


*menganjing (word diatas adalah lbih praktikal)
peace!!