Tuesday 30 August 2011

Saturday 27 August 2011

hohoho!!

Alhamdulillah.. Beta berasa sangat sukacita dan bahagia yang amat hari ini kerna RM masuk lagi, Bahagia dapat elaun dari jpa pun blum habis lagi. Al-maklum dah lame duk rumah tanam anggur. Terang-terang tanah lagi dah bertolak ke kompleks sukan tertutup Gong Badak. Semangat coz kat dalam tentatif tulis pukul 8. Nak dapat duit bersusah payah pun tak apa la mak kiah. Bila sampai dalam kul 9lebih majlis tak start lagi pun. Tunggu ketibaan MB Trg, Dato' Ahmad Said bagai. Manusia dalam kompleks tu takyah cakap la, ramai sangat sampai aku hilang parents sekejap..LOL*cambudakkecik

Penerima dalam 46++, tak campur mak, ayah, tok, nenek lagi. Hish, ramaila. Dalam ramai2 ni kompem2 la jumpe orang yang aku kenal, atau orang itu kenal aku*bajetfemes. Dari kawan sekolah rendah, then junior SESMA, geng PLKN pun ada..wahaha..

Habis perasmian bagai, semua dijemput naik pentas. Ingatkan dapat cash terus rupanya sijil tahniah je. Duit claim kt kaunter DUN masing2 kat luar neh..haih, sesungguhnya hari ini aku berpuasa.:b

Nak selit jugak ucapan MB yang begitu memuji Muhd Firdaus bin Samsudin. Siapa dia ni?? Super senior masa kat SESMA dulu. Dia dapat ijazah kelas pertama dalam bidang biotech kat Imperial College, London. Then, dapat plak buat master kat University of Oxford. Wah, memang sangat bangga la! Tetibe semangat nak belajar terbakar-bakar.

Lame2 beratur dapatla jugak cash 10rat. Takdela banyak sangat, tapi syukur la daripada takde kan. Perasaan same bile dapat 15rat dari FELDA hari tu, tapi semua dah habis beli-joli..LOL
Thanks Yayasan Trg. Much more thanks to The Beneficent, Allah.


Thursday 25 August 2011

shocking me!!

Dapat mesej dari nurainamirah terus je buka balik laptop, padahal baru je lepas shutdown. Berita pasal UGM dah tetapkan roommate kt hostel nanti. Penting ni, mesti kena buka terus! Bile dah tahu tu, sedih menonggeng*exaggerated. Bukan apa, manusia kalau dah merancang, but then apa yang http://www.blogger.com/img/blank.gifberlaku sebaliknya. Frust la bebbb!!

Memang takkan sedih kalau dari awal tahu yang roommate dah ditetapkan. Takdelah plak kawtim ngan sape2 jadi roommate kan?? hoho.. Inilah perancanganNya. Terus ingat sharing dari kak Fisya. "Orang selalu cakap, 'sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri'. Korang rase betul tak ayat ni?" Memang akal aku memikirkan ayat ini salah. Kenapa yang buruk itu datang dari diri sendiri sedangkan yang menciptakan segala benda tu sudah semestiNya Allah s.w.t. Faham takk?? or kalian pun keliru jugak?!:b

Then, kak Fisya pun huraikanla.. Ekceli, ayat ni dah betul. Kenapa?? Allah kan memberikan apa yang terbaik untuk kita. Apa yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri. Contohnya berlakunya kematian orang tersayang, semalam jatuh longkang, minggu lepas accident, kelmarin demam panas, exam tak pass, dan macam-macam lagi. Semua tu adalah terbaik, kita je yang fikir semua tu tak baik, buruk, malang dan sebagainyalah. Kan Allah lagi tahu..

Lepas fikir-fikir balik, taknak sedih-sedih dah. Emo je sikit-sikit. Tapi, tetap doa moga2 UGM still bagi ktorang chance utk merealisasikan rancangan yang telah tergendala..wahaha





Monday 22 August 2011

sedih or senang?!

Ramadhan kian berarak ke pelabuhan. Sang beriman mula resah dan gelisah mengenang hari-hari tanpa Ramadhan kelak. Sedih mula menyelubungi kerana tidak sanggup berpisah lagi. Namun sang munafiq berteriak Huray!Huray! tatkala pantai berlabuh telah mula kelihatan. Sang dungu terpinga-pinga tidak tahu menyukat rasa.
Days of fasting have I gone thru, each mentions me Syawal is coming, none reminds that Ramadhan is leaving

kredit to zuhilmi ahmed

Sunday 14 August 2011

sabtu . hongeh

7am . adik . Perhentian Bas Kuala Terengganu . upstairs . survey . jalan kaki. Hock Kee Seng . super senior . buatderk . caricari . bingo! . 2helai . promoter . senyum . bayar . waiting . t-shirt . walking . Arena . Adidas . Nike . Nonononono . naikatas . thatisit . pokai . BankIslam . -RM1 . penat . kedaimakan. duduk . tengokorang . 20sen . jamakqasar . Nadia Jom2 . SMASZA . salam . round . tudung . tempatsame. 1jam . belije . 1msgreceived . bill-barred . ignore . lewat . turun . waiting . bas . jetlag . tidur . 1830 . homesweethome . letih . now . reminiscing:)

Friday 12 August 2011

Lagi cerita duka T_T

Sad to hear that 3 out of 4 my adik usrah follow my step. Tak lepas cut of point A2. Sabar dik, percayalah inilah yang terbaik. Semoga ujian ni dapat memantapkan lagi iman korang. peace! Ada rezeki dapat kite makan bakso sama-sama kat indon nanti ek..hehe
Anyway, congrates Hidayah! You could make it. Bravo!

Another four yang dah tahu result AS, tahniah! But, one thing to stress here, AS bukan lagi penamat. Berjaya dan gagalnya anda disini bukan berjayanya dan gagalnya Alevel kalian. Faham tak? Ayat cam susah nk susun nk bagi faham.hehe.. Go on with your A2. Aja aja fighting!

Saturday 6 August 2011

1 month to go!

I really really hate countdown! Why?! No idea.. even countdown for the exams always half-way done, then lost.kelautt.wahaha
Tapi, realitinya tetap tinggal lagi sebulan...waaaaaa..sambung belajar balik!! Physically and mentally unprepared yet...... okay, tipu.. half prepared, since dah beli barang (walaupun, list banyak lagi xtick), dah siap mc, dah vaccinate, dah blablablabla...
Better, I stop here.kbai

Friday 5 August 2011

Tak paham betol?!

Alhamdulillah, tahun ni berkesempatan bertarawikh di kampung halaman.. Tapi, satu fenomena aneh berlaku! dan sampai sekarang aku memang sangat tak faham bila solat berjemaah (berimam) but then semua makmum duduk sehasta jauh?. Adakah situasi ini common dimasjid-masjid & surau-surau kat kampung?

Rasa sangat tak best bila berdiri tak bersentuh bahu dengan jemaah kt sebelah, tak boleh kongsi sejadah, then duduk tahiyyat akhir boleh duduk dengan senang-lenang tanpa bertindih kaki...waaaaa..sangat sedih T_T. Kebiasaanya bila seorang makmum conquers satu sejadah memang kompemla ruang antara makmum itu sangat luas utk anak setan menyemak. Nasib semua dah kene belenggu!

Apa aku buat? Semalam bila imam dah iqamat aku rapatla kekakan then ajak sorang sis kt belakang suruh masuk sebelah kiri ni. Kenapa panggil sis ni? coz sebelah kiri aku ni mak sis tu & umurnya yang sebaya dengan aku. Malangnya, reaksinya negatif. Mak dia plak tunjuk muka heran macam impossible je nk celah sorang lagi. Ish, tak paham betol?! Bile dah macam tu, apa lagi, solat jela. Bila aku rapat kekanan, jemaah sebelah kiri tak gerak rapatkan saf. Bila aku rapatkan kekiri plak, kanan pun tak gerak,.. Ish, sangat tak paham la?!

Bi'ah (suasana) tu takkan berubah, kitalah yang kena merubah bi'ah itu. Ni ayat murabbi yang kene take note. Cara apa lagi ek nak kasi makcik2 tu faham? Takkan nak announce kot!Tu imam dah buat dah. Pening~ Anyone??help me!!

Dari Nu'man bin Basyir mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata: "Hendaklah kamu meluruskan saf kamu atau kalau tidak, Allah s.w.t. akan membalik-balikkan wajah kamu menjadikan bertentangan antara satu sama lain."
(Sahih Bukhari)

Selitkan hadis diatas walaupun kompem2 makcik2 xbukak blog ni. At least, to one who reads this post.
May peace be upon you all :)