Thursday 7 July 2011

Burung vs. Cicak (kisah Nabi Ibrahim)

Ingat lagi tak kisah Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya?! Errmmm.... Ingat atau tidak, sila teruskan pembacaan.
Melihat keadaan itu ada seekor burung kecil terbang berulang-alik membawa air dalam paruhnya dan menyiram ke dalam api yang membakar Nabi Ibrahim. Itulah yang dilakukan berulang-kali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain. Lalu mereka bertanya kepada burung kecil tersebut, 'Buat apa kau penat-penat mengambil air berulang-alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak terpadam dengan air yang kau siramkan itu'.

Lalu burung itu menjawab, 'Memang ia tidak akan memadam api tersebut, akan tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apa yang aku lakukan kepada agama Allah? dan Allah tidak akan bertanya aku samaada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak.

Dan janganlah kita bertindak seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api itu akan marak lagi membakar Nabi Ibrahim (walaupun hakikatnya hembusan itu tidak memberi kesan ke atas api berkenaan).
(Al-Anbiya':69) Kami (Allah) berfirman, "Wahai api! Jadilah kamu dingin, dan penyelamat bagi Ibrahim"

Ibrah: Allah tidak melihat hasil, tetapi apa yang kita usahakan!!
Refleksi...T_T

No comments:

Post a Comment