Friday 5 August 2011

Tak paham betol?!

Alhamdulillah, tahun ni berkesempatan bertarawikh di kampung halaman.. Tapi, satu fenomena aneh berlaku! dan sampai sekarang aku memang sangat tak faham bila solat berjemaah (berimam) but then semua makmum duduk sehasta jauh?. Adakah situasi ini common dimasjid-masjid & surau-surau kat kampung?

Rasa sangat tak best bila berdiri tak bersentuh bahu dengan jemaah kt sebelah, tak boleh kongsi sejadah, then duduk tahiyyat akhir boleh duduk dengan senang-lenang tanpa bertindih kaki...waaaaa..sangat sedih T_T. Kebiasaanya bila seorang makmum conquers satu sejadah memang kompemla ruang antara makmum itu sangat luas utk anak setan menyemak. Nasib semua dah kene belenggu!

Apa aku buat? Semalam bila imam dah iqamat aku rapatla kekakan then ajak sorang sis kt belakang suruh masuk sebelah kiri ni. Kenapa panggil sis ni? coz sebelah kiri aku ni mak sis tu & umurnya yang sebaya dengan aku. Malangnya, reaksinya negatif. Mak dia plak tunjuk muka heran macam impossible je nk celah sorang lagi. Ish, tak paham betol?! Bile dah macam tu, apa lagi, solat jela. Bila aku rapat kekanan, jemaah sebelah kiri tak gerak rapatkan saf. Bila aku rapatkan kekiri plak, kanan pun tak gerak,.. Ish, sangat tak paham la?!

Bi'ah (suasana) tu takkan berubah, kitalah yang kena merubah bi'ah itu. Ni ayat murabbi yang kene take note. Cara apa lagi ek nak kasi makcik2 tu faham? Takkan nak announce kot!Tu imam dah buat dah. Pening~ Anyone??help me!!

Dari Nu'man bin Basyir mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata: "Hendaklah kamu meluruskan saf kamu atau kalau tidak, Allah s.w.t. akan membalik-balikkan wajah kamu menjadikan bertentangan antara satu sama lain."
(Sahih Bukhari)

Selitkan hadis diatas walaupun kompem2 makcik2 xbukak blog ni. At least, to one who reads this post.
May peace be upon you all :)

3 comments:

  1. btol la weyh.. kebiasaan nye mmg gitu.. ak pon x tau np g2.. ak ase, dorang x penah tau kot.. so, kene la bgtau kt dorang..^^

    ReplyDelete
  2. bab-bab komunikasi dgan orang2 yg lebih tua ni aku fail..huhu..tkut dorang slah tafsir plak:(

    ReplyDelete
  3. haah...rasa sedih gak tgk kat sini pun sama..satu sejadah tu sorang, dok jauh2....betul gak tu, nak tegor kan dah tua semuanya..huhu

    ReplyDelete