Saturday 8 October 2011

U of T

Salam alayk.
Selama sampai kat Jogja sampai sekarang *ekceli malam tadi coz baru habis berbulatan, tak pernah terfikir yang aku ni dah lame masuk U of T. kan kan kan?? tak percaya tengok entry lepas-lepas, asyik2 UGM, asyik2 gadjahmada, amek medik, bla bla bla...

Apa U of T?
U : universiti, tempat dapat ilmu
T : Tarbiyyah, melayunya didikan, bukan pelajaran.

Bila dah ngerti, then segala benda alah yang menkacaukan jiwa, meresahkan perasaan, tak puas hati dengan cara tarbiyyah dan lain-lain secara automatiknya terhapus. Kenapa? Sebab apa yang didatangkan di sini of course dalam penguasaan Allah. Dan Allah lah sebaik-baik Murabbi. Kalau kita tak suka a.k.a tak redha, then, apa makna serah diri (islam) kita?

Kat Malaysia memang best bila berbulatan, pengisian akak2 yang suapkan, kita jadi pendengar je. Bila mutaba'ah amal berjalan atas pengetahuan sendiri je, tak pernah ada tasks. Berubah pun atas kesedaran sendiri, akak tak pernah suruh.
Bila sampai sini plak, kena cari sendiri info untuk pengisian dalam bulatan. Mutaba'ah amal ada dalam tasks. Nak buat apa2 mesti terus kena tegur ni boleh ni tak boleh.

Memanglah sangat stress at first. Tapi, bila dah fikir dalam2 baru nampak hikmah dia. Kau duduk jauh dari family, balik M'sia 1 sem sekali, tu pun kalau tak gi meronggeng. So, nak harapkan sape lagi yang tegur kalau buat silap. Mutaba'ah amal plak memang takkan meningkatla kalau nak harapkan inisiatif sendiri je. Dulu masa kecik2 kalau mak tak paksa solat, mengaji semua, jangan harap semua tu masih lekat sampai sekarang.
So, sekarang brenti mengeluh, try to change, then tarik senyum 227!!

Renung-renungkan dan selamat beramal!


No comments:

Post a Comment