Showing posts with label saje-saje. Show all posts
Showing posts with label saje-saje. Show all posts

Wednesday, 28 September 2011

EMCEQI

Bunyi melayunya MCQ. Hakikatnya itulah pronounciation kat sini. Apa nak buat? Dah memang bahasa dorang, takkan nak marah or tunjuk tak puas hati plak kn. Tergelak tu ada la. Tapi, dorang pun akan gelak jugak bila kitorang cakap melayu. Fair la kan.

Sekarang adalah fasa dimana kitorang kena cepat2 pickup apa yang dorang cakap, then terus apply. Parah sekarang ni faham tu memang faham tapi nak cakapny tak boleh. Untung orang Sabah or sape2 yang pandai cakap baku. Kitorang yang pure melayu ni, bila cakap BI (bahasa Indonesia) je, dorang sama tak faham coz sound weird.LOL.

Schedule setiap hari takdelah padat sangatlah, tapi bila balik semua akan terbongkang. Badan rasa penat sangat. Nasi pun makan 3 kali sehari.haha.. Study method kat sini  based on problem-based-learning (PBL). So, everyweek akan ada 2 kali tutorial. Then, kena discuss blablablablabla..... Takde masalah cari masalah. haih.. Tapi, terpaksalah involve sebab itu adalah markah.:(

Lepas ni kena belajar balik ABC versi indonesia.peace

Sunday, 18 September 2011

Kau ada??

Aku diarrhea setiap hari. Kau ada? Telan pil chi kit teck aun setiap hari macam makan multivitamin je..huhu. Hari tu, lepas jumpa Guardian kat Amplas terus je tambah stok pil hitam ni. Btw, kat sini dorang panggil cirit-birit ni diare. Nak explain bukan main susah lagi hari tu. Beli ubat pun masalah.

Aku makan benda yang orang lain makan je pun, tapi yang ulang-alik toilet aku je..huhu*homesick tetiba. Anak manja.kbai

Hari ni dah selamat beli mask kat sunmor/ sunday morning (pasar pada pagi ahad). Corak mask kat sini sangatla comel, maybe dorang tengah fanatik korea yang amat sangat. Asal beli topeng?? Nak masak okay!! takut nanti terpercik minyak panas kat muka, tak cantik la kan. Eewwwwww. Takdelah, actually kat sini udara sangatlah tercemar. Just to ensure my lungs stay healthy. Ngerti nggak??

Masih liburan coz kelas start next week.kbai


Wednesday, 14 September 2011

One by One

Salam alayk. Kurang lebih seminggu menerbangkan diri ke bumi Yogyakarta dari tanah air Malaysia. I can say that the environment here is totally different than in Malaysia. So, what can I do?? Just follow the flow because for the thing to change I must change first. Wah, bravo!! rasyidahyasin semakin optimist. 

Dan memang sungguh semakin hari aku rasa semakin mengadaptasi keadaan kat sini. Dan yang penting perubahan ni adalah ke arah sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah. Disebabkan waktu disini lewat kurang lebih sejam dan waktu solat yang sedikit berlainan dari Malaysia. Subuh dalam pukul 4.15 pagi dah masuk waktu. So, pukul 4.30 dah bangun untuk solat Subuh. Waktu solat sangat terjaga, azan je terus cepat2 solat coz takut habis waktu. Semoga akan terus teramal. Amin.

Keadaan lalulintas kat kota Yogyakarta sangatlah sibuk. Sedikit berlainan sibuknya dari di Malaysia sebab kat sini bilangan lampu isyarat sangat terhad. I've no idea why?? Sangatlah tidak teratur keadaannya, yang mana nak U turn? yang mana nak terus? yang mana nak belok? Tapi dorang okay je. Sudah terbiasa barangkali. One more thing, kat sini bila anda hon kendaraan anda bermaksud 'beri laluan, aku nak lalu ni/ lepas ni aku plak nak lalu'. Jauh berbudi bahasa dari kita yang hon orang lain untuk sound orang tu buat salah.

Makanan plak still xboleh telan sangat, taste lain. Bayangkan ayam KFC pun rasa lain. Kenapa? tak tahu. Makan nasi pun tak berkuah. Nasib roti kat sini sedap, tapi takde Gardenia..haha, demand plak. Sangat rasa bertuah bila senior Malaysia ajak makan kat rumah dorang. Asik!!

Yang paling menggembirakan rasyidahyasin dah pandai bawak basikal!! Walaupun at first handle tak stable, kena tinggal kat belakang, pakai speed 1 all the time (baik takyah pakai Polygon!), then basikal terlompat2 coz brek mengejut..wahaha. Esok, mungkin ada improvement, insyaAllah.

Seriously cakap, kalau kita berada dalam zon selesa kita takkan pernah berubah. Lastly, pesan dari teman buat teman, betulkan niat. Kenapa anda disini? disini itu bergantung dimana anda berada sekarang..Daaaaaa



Sunday, 14 August 2011

sabtu . hongeh

7am . adik . Perhentian Bas Kuala Terengganu . upstairs . survey . jalan kaki. Hock Kee Seng . super senior . buatderk . caricari . bingo! . 2helai . promoter . senyum . bayar . waiting . t-shirt . walking . Arena . Adidas . Nike . Nonononono . naikatas . thatisit . pokai . BankIslam . -RM1 . penat . kedaimakan. duduk . tengokorang . 20sen . jamakqasar . Nadia Jom2 . SMASZA . salam . round . tudung . tempatsame. 1jam . belije . 1msgreceived . bill-barred . ignore . lewat . turun . waiting . bas . jetlag . tidur . 1830 . homesweethome . letih . now . reminiscing:)

Friday, 22 July 2011

Seppp!!!

You're with me if you see...



this glass is half-empty..

Sorry, u're..
Negative thinker, or better I put here pessimist!
Anyway, smile :)

Friday, 8 July 2011

Bukan Kerana Nama

Ni tajuk lagu dari Ramli Sarip
Selama ni nyanyi2 je,hohoho..
hari ni baru perasan ada banyak nasihat dalam ni.

Jangan kau pandang bibir yang manis,
Kerana dia bisa menghancurkan,
Jangan kau pandang wajah yang indah,
Kerana dia bisa meracunmu.

Dengarlah hai teman,
Dengarkan bersama,
Aku menulis bukan kerna nama,
Kerna sifat kasih,
Pada sesama insan,
Dan menyatakan kasih sayangmu,
Kita sama semuanya sama,
Apa yang ada hanyalah kehidupan.

Jangan kau dengar puisi cinta,
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu,
Dengarkan puisi di pusaka,
Yang telah turun temurun ini.

Jangan kau alas hatimu itu,
Dengan secebis warna kehitaman,
Dialah seperti anai-anai,
Lambat laun hancurlah dirimu.

Jazakallah papa rock :)

Monday, 27 June 2011

WIMOZAD SDN. BHD

Ini adalah nama syarikat a.k.a nama sekolah memandu aku. Xyah laa rajin bebenor nk g google. Da dapat lesen memandu semua? xpun baru lesen P? xpun L?...ermmmm, at least kalian tahu apa itu binatang yang bernama kereta.

Bukan nak berceloteh banyak pasal kereta ni, cuma nak sentuh sikit pasal gear. Kereta bertranmisi manual (auto xyah critela, as simple as simply siti je) biasanya bergear 1-5, yg power sikit smpai gear 6. Tambah lagi 1, gear reverse, xde ni lintang pukang taw tak. Kepada yang still zero, or blur2, bawah ni da attach pic gear...



Wah, ingat plak time mula2 belajar main gear ni! Menitik poluh pompuan den, (ckap betina, jalang benor bunyi eh).. Padahal atas bawah, atas bawah je LOL. Okay anak-anak, kite mulakan dgan gear 1. Nak masuk gear, kaki kiri kena tekan clutch smpai rapat, kalau tak bunyi yang mempanikkan anda akan terhasil..kreeeeeekkkk... Then, tangan kiri tuilkan aje gear 1. Senang kn?! tapi kite tengok step seterusnya... Kaki yang dekat clutch tadi angkat slow2, ha tengok kereta dah gerak.....Tapi step ni biasanya first learner akan fail!! Mapuh enjin!!

Disebabkan enjin asyik mati je, anda belum layak belajar lain-lain gear apatah lagi naik jalan raya. Step by step. Belajar gear 1 dulu smpai pro

....................................................................................

I'm at gear 1 right now...:(
where I...
1. drive very slow (to the power of Tera)*doing the da'wah
2. tend to off-engine, futur is the best word I guess
3. need the good handling of the clutch. Errrmmmm, mujahadah kot.

I guess this is better than I just sit at gear free.
&
Now, I really want to learn how to move to gear 2 and so on...

Sunday, 19 June 2011

Ahad yang gemilang

Hari ni Tranu cuti, tu je..
& layan lagu ni..lirik yang xbasah sangat, tapi insyaAllah boleh maintainkan semangat semalam..



p/s: please ignores any unnecessary. Ni maybe 90-an punye band. kthanksbye

Saturday, 18 June 2011

Hohoho...

New spirit is coming..
Ini setelah jumpe akhawat2 kole tranu yang sgt smangat!!! Osem dan hoyeh bak kate inche gabbana. Berlatarbelakangkan masjid terapung yang sangat comey,Berlantaikan rumput yang hijaunya subhanallah, kami berrehlah. Sila google, coz ana tak pandai arab..ana?!haks3..kurang lebih berkelah-kelah la kot makneny.

Jumpe plak batchmate kt SESMA dulu, Munirah and her sisters. Mak eh pun ad, Makcik Ita merangkap cikgu Masita mse kat sekolah dulu..Can I said that I gain the spirit here?? hahaha...macam mane tu? Siriyes excited nampak baitul muslim dipraktikalkan..:) Gler gelenya bunyi ny! So, sekarang apa lagi??...jom kite same2 bentuk diri jadi individu muslim. Bunyinya macaaaam senang, tapi xkan capai kalau tak mujahadah. Mujahadah? masuk plak bab muwasofat tarbiyyah.

Makcik Jah (makcik yang still dlam jlan dakwah, umur dh 47, subhanallah) ade cakap yang dalam 10 muwasofat tu semua perlu dipraktikkan, tapi ada yang paling utama iaitu bermanfaat kepada orang lain. Dakwah ni lah. Ingat kat dunia ni kalau kita tak sibukkan diri kita dengan dakwah, Allah akan sibukkan kita dengan bende lain. Same jekan..sibuk jugak. So, pilihlah...coz mati adlah pasti dan kita impikan husnul khatimah.. insyaAllah. Kubur masing-masing, kubur kau kubur kau, kubur aku kubur aku..takut jiran je nanti (p/s: ayat kejam & semestinya bukan dari Makcik Jah). Makcik Jah ckap kita akan dipersoalkan akan tanggungjawab kita dalam amar makruf nahi munkar tu. Belek al-A'raf ayat 164.

Btw, jazakillah khair Naddy, kasi stay 1 malam kat umah..:)

Thursday, 16 June 2011

Cicak yang pemalas

Tajuk macam tajuk buku cerita kanak-kanak tadika je kan?? haha..
Teruskan pembacaan jika anda merasa anda seusia dengan mereka-mereka dan yang paling penting tidak merasa geli-gelimak bila dengar perkataan CICAK!!

Cerita ini bukan hanya rekaan semata-mata, tapi hasil dari tadabbur alam beberapa jam yang lepas. Yeke tadabbur?:) Actually scene ni berlaku kat siling dapur time duk tunggu turn nk masuk bilik air..kwang3.. kantoi suke mengelamun!
Ok, siriyes2..
cerita bermula.....

Kat Teganu sekarang memang selalu hujan petang2, xpun redup2 gitu. Memang tabiat la sang kekatu berkunjung mlam2 dibawah sinaran lampu kalimatang. Berterbanganla mereka kegumbiraan.. syiung..syiung..syiung...(background sound)
Disebelah pihak lagi, segala tok nenek kerabat cicak bertepuk-sorak kegirangan meraikan rezeki tuhan yang datang tanpa dikais pagi makan pagi ini.
Namun yang keluar hanyalah 2 ekor, yang lain sudah dinner barangkali. Alkisah dinamakanlah yang pertama itu Hitam dan kedua Tompok.

Disaat seekor kekatu memperlahankan momentum penerbangannya, dari jauh Hitam merancang strategi. Ditenung dari kejauhan, mengagak jarak dan pecutan yang perlu digunakan untuk menangkap mangsa. Ngap, dengan sekali percubaan sahaja, Hitam telah berjaya menyantap sang kekatu yang malang itu. Dalam masih makanan dimulut, Tompok datang mendekati Hitam. Menagih sedikit simpati mungkin. Namun dengan tenang makanan tersebut masuk ke esofagus Hitam. Langsung tak hiraukan Tompok yang juga kelaparan.
Seketika kemudian seekor lagi kekatu yang ingin mengikut jejak kawannya tadi memperlahankan penerbangannya. Hitam memberi ruang pula kepada Tompok untuk sama-sama merasai keenakan serangga itu. Namun, tiada sebarang tindakbalas daripada Tompok. Hanya memandang...sesaat...dua saat...tiga saat...
Melihat situasi itu Hitam terus bertindak. Kepasifan Tompok bukan masalahnya..Rezeki tuhan terus dinikmati...nyumnyumnyum. Tompok melakukan reaksi yang sama dimana dia mendekati Hitam dan lagi sekali menagih simpati temannya itu..Namun, hanya sia-sia...kelaparan la dia -cicak yang pemalas..
Tamat

Macam tak basah je kan kisah ni??:(
Xpe, kita renungkan ibrahnya. insyaAllah..
Apa-apa yang kita nak capai xdatang bergolek depan mata, kalau bergolek pun kite kene kejar kalau tak akan terlepas. Begitu juga perumpamaan dalam mencari ilmu Allah. InsyaAllah, akan ade je murabbi-murabbi dimana sahaja anda berada. Tarbiyah boleh berlangsung dimana-mana. Cumanya kita lah yang kene sendiri bersusah payah dan berusaha untuk mencarinya. Jangan nak tunggu orang suap je. Pesanan buat diri yang bernafsu lagi untuk menimbang-balik pertimbangan penjoinan rehlah esok.
Ngam tak ibrah tu. Cantik kan Allah susun, baru terkena batang hidung sendiri~

Wednesday, 1 June 2011

Suluhkan cahaya dihati terang




Sangat best lagu & video ni..
Suke part Imam Muda Ashraf cek hati patient:)
Eh, cek dada utk dengar heart beat la...
Ikut tafsiran masing2, xde markah utk betul or salah..
Cume terlintas ayat surah Al-Hajj (22:46)
yang portrays pasal hati kat dada..
Pastu dpat sms jom solat, sangat interrelated.
So sweet..:)