Showing posts with label terima kasih. Show all posts
Showing posts with label terima kasih. Show all posts

Monday, 31 October 2011

Bila mana ia yang pertama??

Pertama kali ke Jakarta.
Pertama kali ke naik tren.
Pertama kali jumpa akhawat Jakarta.
Pertama kali tahu ada rumah yang didiami 16orang..ini serius
Pertama kali bersemuka dengan volunteer ke Palestin. Serius, akak ni hebat!
Pertama kali naik angkut, tak lupa bajaj yang comel!
Pertama kali makan pisang ijo, gurame bakar
Pertama kali ............................

Bila mana kita suka yang pertama itu, maka kita akan mendambakan yang keduanya :)
Thank you Allah.





Monday, 24 October 2011

Cantiknyerrr!!!

'Tengokla plak sape Penciptanya'.


p/s : jangan takabur sangat dengan pujian manusia.kbai






Saturday, 8 October 2011

U of T

Salam alayk.
Selama sampai kat Jogja sampai sekarang *ekceli malam tadi coz baru habis berbulatan, tak pernah terfikir yang aku ni dah lame masuk U of T. kan kan kan?? tak percaya tengok entry lepas-lepas, asyik2 UGM, asyik2 gadjahmada, amek medik, bla bla bla...

Apa U of T?
U : universiti, tempat dapat ilmu
T : Tarbiyyah, melayunya didikan, bukan pelajaran.

Bila dah ngerti, then segala benda alah yang menkacaukan jiwa, meresahkan perasaan, tak puas hati dengan cara tarbiyyah dan lain-lain secara automatiknya terhapus. Kenapa? Sebab apa yang didatangkan di sini of course dalam penguasaan Allah. Dan Allah lah sebaik-baik Murabbi. Kalau kita tak suka a.k.a tak redha, then, apa makna serah diri (islam) kita?

Kat Malaysia memang best bila berbulatan, pengisian akak2 yang suapkan, kita jadi pendengar je. Bila mutaba'ah amal berjalan atas pengetahuan sendiri je, tak pernah ada tasks. Berubah pun atas kesedaran sendiri, akak tak pernah suruh.
Bila sampai sini plak, kena cari sendiri info untuk pengisian dalam bulatan. Mutaba'ah amal ada dalam tasks. Nak buat apa2 mesti terus kena tegur ni boleh ni tak boleh.

Memanglah sangat stress at first. Tapi, bila dah fikir dalam2 baru nampak hikmah dia. Kau duduk jauh dari family, balik M'sia 1 sem sekali, tu pun kalau tak gi meronggeng. So, nak harapkan sape lagi yang tegur kalau buat silap. Mutaba'ah amal plak memang takkan meningkatla kalau nak harapkan inisiatif sendiri je. Dulu masa kecik2 kalau mak tak paksa solat, mengaji semua, jangan harap semua tu masih lekat sampai sekarang.
So, sekarang brenti mengeluh, try to change, then tarik senyum 227!!

Renung-renungkan dan selamat beramal!


Saturday, 27 August 2011

hohoho!!

Alhamdulillah.. Beta berasa sangat sukacita dan bahagia yang amat hari ini kerna RM masuk lagi, Bahagia dapat elaun dari jpa pun blum habis lagi. Al-maklum dah lame duk rumah tanam anggur. Terang-terang tanah lagi dah bertolak ke kompleks sukan tertutup Gong Badak. Semangat coz kat dalam tentatif tulis pukul 8. Nak dapat duit bersusah payah pun tak apa la mak kiah. Bila sampai dalam kul 9lebih majlis tak start lagi pun. Tunggu ketibaan MB Trg, Dato' Ahmad Said bagai. Manusia dalam kompleks tu takyah cakap la, ramai sangat sampai aku hilang parents sekejap..LOL*cambudakkecik

Penerima dalam 46++, tak campur mak, ayah, tok, nenek lagi. Hish, ramaila. Dalam ramai2 ni kompem2 la jumpe orang yang aku kenal, atau orang itu kenal aku*bajetfemes. Dari kawan sekolah rendah, then junior SESMA, geng PLKN pun ada..wahaha..

Habis perasmian bagai, semua dijemput naik pentas. Ingatkan dapat cash terus rupanya sijil tahniah je. Duit claim kt kaunter DUN masing2 kat luar neh..haih, sesungguhnya hari ini aku berpuasa.:b

Nak selit jugak ucapan MB yang begitu memuji Muhd Firdaus bin Samsudin. Siapa dia ni?? Super senior masa kat SESMA dulu. Dia dapat ijazah kelas pertama dalam bidang biotech kat Imperial College, London. Then, dapat plak buat master kat University of Oxford. Wah, memang sangat bangga la! Tetibe semangat nak belajar terbakar-bakar.

Lame2 beratur dapatla jugak cash 10rat. Takdela banyak sangat, tapi syukur la daripada takde kan. Perasaan same bile dapat 15rat dari FELDA hari tu, tapi semua dah habis beli-joli..LOL
Thanks Yayasan Trg. Much more thanks to The Beneficent, Allah.