Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Saturday, 26 November 2011

Selamat Tahun Baru!

1433H. Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk berada dalam tahun ni. Terus? *ini bahasa orang sini bila kurang penjelasan dan nak tanya next? then what? so?
Jadi, terus apa bila dah tahun baru? Aku dah agak dah, mesti writer ni nak cakap pasal hijrah. Tahun lepas dah hijrah, tahun lepas2 hijrah jugak, tahun lepas3 pun dah hijrah. Pokoknya setiap tahun la orang duk uar-uarkan pasal hijrah ni. Tapi, kita tang tu jugak. Dush!! alangkah ruginya kita......hadith nabi s.a.w pun ada menyatakan yang "Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari kemarin, adalah orang yang beruntung. Bila hari ini sama dengan kemarin, rugilah dia. Dan jika hari ini lebih buruk dari hari kemarin, celakalah dia.
Pilihlah nak yang mana? Pilihan ditangan kita.

Pun boleh belek Quran (QS 59:18).

Terus? Ayuh, sedia pen dan kertas masing2, rangka resolusi untuk hari mendatang. Jom kita berhijrah. Orang putih cakap let's turn over the new leaf.:) semangat!!

p/s: pesan untuk perempuan2 kat M'sia sana, udah-udahla tu buang anak!! #turn mode sedih dan pilu :(
















Sunday, 20 November 2011

Ya ukhti!

And hold firmly the rope of Allah all together and do not become divided. And remember the favor of Allah upon you- when you where enemies and He brought your hearts together and you became, by His favor, brothers. And you were on the edge of a pit of the Fire, and He save you from it. Thus does Allah make it clear to you His verses that you may be guided. ('Ali 'Imran 3:103)

Once you've given His hidayah, hold it tightly. Don't ever let it go. Maybe, there is no second!!

Sunday, 9 October 2011

Kenapa Penat-Penat?

Adalah perkara biasa bila tengok teman-teman tidur ditemani tulang-temulang, atau berbantalkan kitab Sobotta, ngigau-ngigau nama tulang. Semua nak jadi doktor semua pasal! Ni baru anatomi, tak termasuk lagi betapa penatnya kitorang buat work plan sebelum masuk skill lab, prepare pretest untuk setiap department, habiskan kredit internet untuk cari LO tutorial dan sebagainya lah. Begitu duniawi kan kan kan??

Tapi kan, specialnya kedokteran ni adalah sebab kitorang belajar sedetail-detailnya anatomi manusia. Engineering takde kan, adapun anatominya mobil.tihi. Sangatlah rugi kalau ini pun masih lagi tak boleh menambahkan iman or at least kekaguman kepada pencipta Allah s.w.t. 
"man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu"
Ertinya: Barangsiapa mengenal akan dirinya, maka mengenallah dia akan Tuhannya.

Ha, barulah nampak belajar tu ibadah. Bukan penat je yang dapat. Kan lagi semangat nak belajar tu! 

Nilah tulang korang. Selama ni tak pernah kisah pun kan

Okay, sambung hafal nama tulang. May peace be upon u all!










Saturday, 8 October 2011

U of T

Salam alayk.
Selama sampai kat Jogja sampai sekarang *ekceli malam tadi coz baru habis berbulatan, tak pernah terfikir yang aku ni dah lame masuk U of T. kan kan kan?? tak percaya tengok entry lepas-lepas, asyik2 UGM, asyik2 gadjahmada, amek medik, bla bla bla...

Apa U of T?
U : universiti, tempat dapat ilmu
T : Tarbiyyah, melayunya didikan, bukan pelajaran.

Bila dah ngerti, then segala benda alah yang menkacaukan jiwa, meresahkan perasaan, tak puas hati dengan cara tarbiyyah dan lain-lain secara automatiknya terhapus. Kenapa? Sebab apa yang didatangkan di sini of course dalam penguasaan Allah. Dan Allah lah sebaik-baik Murabbi. Kalau kita tak suka a.k.a tak redha, then, apa makna serah diri (islam) kita?

Kat Malaysia memang best bila berbulatan, pengisian akak2 yang suapkan, kita jadi pendengar je. Bila mutaba'ah amal berjalan atas pengetahuan sendiri je, tak pernah ada tasks. Berubah pun atas kesedaran sendiri, akak tak pernah suruh.
Bila sampai sini plak, kena cari sendiri info untuk pengisian dalam bulatan. Mutaba'ah amal ada dalam tasks. Nak buat apa2 mesti terus kena tegur ni boleh ni tak boleh.

Memanglah sangat stress at first. Tapi, bila dah fikir dalam2 baru nampak hikmah dia. Kau duduk jauh dari family, balik M'sia 1 sem sekali, tu pun kalau tak gi meronggeng. So, nak harapkan sape lagi yang tegur kalau buat silap. Mutaba'ah amal plak memang takkan meningkatla kalau nak harapkan inisiatif sendiri je. Dulu masa kecik2 kalau mak tak paksa solat, mengaji semua, jangan harap semua tu masih lekat sampai sekarang.
So, sekarang brenti mengeluh, try to change, then tarik senyum 227!!

Renung-renungkan dan selamat beramal!


Monday, 3 October 2011

Terbaik!!!

Buat teman yang dah blur-blur nak jawab apa, or dah fed up sangat bila ditanya soalan yang sama je. Sila rujuk typo takkesah berikut. Memang terbaik, enak dari ladang


Btw, gua lulus pretest anat.kbai

Thursday, 25 August 2011

shocking me!!

Dapat mesej dari nurainamirah terus je buka balik laptop, padahal baru je lepas shutdown. Berita pasal UGM dah tetapkan roommate kt hostel nanti. Penting ni, mesti kena buka terus! Bile dah tahu tu, sedih menonggeng*exaggerated. Bukan apa, manusia kalau dah merancang, but then apa yang http://www.blogger.com/img/blank.gifberlaku sebaliknya. Frust la bebbb!!

Memang takkan sedih kalau dari awal tahu yang roommate dah ditetapkan. Takdelah plak kawtim ngan sape2 jadi roommate kan?? hoho.. Inilah perancanganNya. Terus ingat sharing dari kak Fisya. "Orang selalu cakap, 'sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri'. Korang rase betul tak ayat ni?" Memang akal aku memikirkan ayat ini salah. Kenapa yang buruk itu datang dari diri sendiri sedangkan yang menciptakan segala benda tu sudah semestiNya Allah s.w.t. Faham takk?? or kalian pun keliru jugak?!:b

Then, kak Fisya pun huraikanla.. Ekceli, ayat ni dah betul. Kenapa?? Allah kan memberikan apa yang terbaik untuk kita. Apa yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri. Contohnya berlakunya kematian orang tersayang, semalam jatuh longkang, minggu lepas accident, kelmarin demam panas, exam tak pass, dan macam-macam lagi. Semua tu adalah terbaik, kita je yang fikir semua tu tak baik, buruk, malang dan sebagainyalah. Kan Allah lagi tahu..

Lepas fikir-fikir balik, taknak sedih-sedih dah. Emo je sikit-sikit. Tapi, tetap doa moga2 UGM still bagi ktorang chance utk merealisasikan rancangan yang telah tergendala..wahaha





Thursday, 7 July 2011

Burung vs. Cicak (kisah Nabi Ibrahim)

Ingat lagi tak kisah Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya?! Errmmm.... Ingat atau tidak, sila teruskan pembacaan.
Melihat keadaan itu ada seekor burung kecil terbang berulang-alik membawa air dalam paruhnya dan menyiram ke dalam api yang membakar Nabi Ibrahim. Itulah yang dilakukan berulang-kali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain. Lalu mereka bertanya kepada burung kecil tersebut, 'Buat apa kau penat-penat mengambil air berulang-alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak terpadam dengan air yang kau siramkan itu'.

Lalu burung itu menjawab, 'Memang ia tidak akan memadam api tersebut, akan tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apa yang aku lakukan kepada agama Allah? dan Allah tidak akan bertanya aku samaada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak.

Dan janganlah kita bertindak seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api itu akan marak lagi membakar Nabi Ibrahim (walaupun hakikatnya hembusan itu tidak memberi kesan ke atas api berkenaan).
(Al-Anbiya':69) Kami (Allah) berfirman, "Wahai api! Jadilah kamu dingin, dan penyelamat bagi Ibrahim"

Ibrah: Allah tidak melihat hasil, tetapi apa yang kita usahakan!!
Refleksi...T_T

Tuesday, 14 June 2011

Beristighfarlah...

Daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya:
"Aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: 'Iblis berkata kepada Tuhannya: 'Demi keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada dalam jasad mereka.' Allah menjawab: 'Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada-Ku."

Kalau dlam bulatan gembira mesti bleh share pendapat masing-masing~:(
OK..truskan ek
Kupasan yang simple je.. Nak highlight betapa Maha Pengampunnya Allah bila Dia ckap akan selalu mengampuni. Namun kita ni manusia selalu alpa, lupa, leka etc. Buat endah tak endah je bila buat dosa, esok-esok la nk minta ampun. Kalau confirm esok-esok tu hidup lagi takpelah jugak. Then, dosa pun terkumpul-kumpul-kumpul-kumpul dan kumpul.
Senget bahu kiri karang...tahu takut!!
Tak nanti sampai solat sunat taubat baru dikira taubat... istighfar jugak dikira salah satu cara. For instance, mata tertengok bende yang tak sepatutnya atau lidah tercakap bende yang tak sepatutnya, trus je istighfar..kan segera tu...
Kalau orang hutang kita, nak pulak orang tu cepat bayar..
Think about it!

Thursday, 9 June 2011

Wake Up!!!

Salam alayk.
Kembali menulis setelah beberapa hari menyepi. Pergi menyahut peluang yang diberiNya dikala diri benar-benar 'tidur'. Almaklum dah 6 bulan bercuti. Inilah nikmat yang selalu diingkari nikmat kesihatan & kelapangan masa. Astaghfirullahal'azim.

Sedang enak mengaratkan diri dengan kejahiliyahan, dibuka hati ini utk join daurah. Selalu, dah 3kali experienced this.:) Alhamadulillah. Merasa diri disayangiNya. Jazakumullah juga untuk akhawat yang bertungkus-lumus.

Sentapan demi sentapan dihidangNya.(*I repeat sentapan not santapan).

Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka malalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik.
(Al-Hadid 57:16)

Bangunlah!!!!
Misi kita sangat besar dan masih jauh.......

Sunday, 22 May 2011

Lagi Pasal HATI.

Apabila kata-kata keluar dari hati, ia akan langsung masuk ke hati para pendengarnya tanpa memerlukan keizinan, tetapi bila keluar hanya dari lidah maka pengaruhnya tidak akan melampaui telinga. Orang yang memiliki hati yang hiduplah yang dapat mempengaruhi pendengar dan pengikutnya. Sedangkan orang yang mempunyai hati yang mati tidaklah mampu menghidupkan hati orang lain. Sebab orang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikannya kepada orang lain. Umpama wanita yang tidur yang tidak sama dengan wanita yang kehilangan anak.(DR. YUSOF AL-QARDHAWI)

Saturday, 14 May 2011

kamu ade ape?

Daurah: Journey Of Muslim 2 (JOM 2)
Tempat: Sek Al-Amin Kerteh
Tarikh: ...(lupe)

brother: polan A, kamu pakai kopiah sape?
polan A: ni kopiah saye.(muke penuh confident)
brother: polan B, itu baju sape kamu sarung tu??
polan B: baju saye
brother: sure??
polan B: betul, mak saye yg belikan.
semua buat muke pelik. aku pun ready takut2 turn aku plak kene tanye nanti.
brother: polan C, phone merah tu kamu punye ek?
polan C: yup..
soalan serupa ditanya dlam konteks benda yg lain.
tapi jwpan lbeh kurang same (dengan reaksi muke yg confident)
maybe dah boring jwpan asyik salah je, brother ni pun kasi jawapan.
brother: bukan!! semua ni bukan kamu yg punye. Kopiah, baju, handphone, dan semua yg lain tu bukan kamu yang punye. Semua tu ALLAH yg punye, kasi pinjam.
semua mcam terkedu.. sentap beb~
brother: so,sekarang ape yg kamu ade?? (muke psycho habis)
semua senyap, berfikir mungkin..(aku pun same,hehe..)
brother: kamu ade ape??
soalan diulang, xde gak sesiapa bg jwpan. memang dah blur~
brother: kamu ada apa yg ALLAH tak bagi kat malaikat dan iblis..
semua tunggu jawapan je, dah xbleh fikir..
brother: kamu ada PILIHAN.
Ooooo...mengiyakan je, memang itulah jwpanny kn..
brother: malaikat xde pilihan, dia tetap je sujud kt Allah. Iblis pn same, xde pilihan, kne buat jahat je, hasut manusia buat jahat supaya masuk neraka skali.
dijelaskan balik pilihan ape..
brother: kamu ada pilihan.. nak pilih jahiliyah ke islamiyah? baik ke jahat? nak ke tak nak? syurga ke neraka?....

So, syukurlah coz kita semua diberi pilihan.

*watak diunknownkan bagi mengelak sebarang kecelaruan identiti. apekah?! ngee~
*dialog pun diubah sikit2, coz lupe ayat asal.

renung-renungkan dan selamat beramal:)