Showing posts with label story-mory. Show all posts
Showing posts with label story-mory. Show all posts

Monday, 31 October 2011

Bila mana ia yang pertama??

Pertama kali ke Jakarta.
Pertama kali ke naik tren.
Pertama kali jumpa akhawat Jakarta.
Pertama kali tahu ada rumah yang didiami 16orang..ini serius
Pertama kali bersemuka dengan volunteer ke Palestin. Serius, akak ni hebat!
Pertama kali naik angkut, tak lupa bajaj yang comel!
Pertama kali makan pisang ijo, gurame bakar
Pertama kali ............................

Bila mana kita suka yang pertama itu, maka kita akan mendambakan yang keduanya :)
Thank you Allah.





Wednesday, 28 September 2011

EMCEQI

Bunyi melayunya MCQ. Hakikatnya itulah pronounciation kat sini. Apa nak buat? Dah memang bahasa dorang, takkan nak marah or tunjuk tak puas hati plak kn. Tergelak tu ada la. Tapi, dorang pun akan gelak jugak bila kitorang cakap melayu. Fair la kan.

Sekarang adalah fasa dimana kitorang kena cepat2 pickup apa yang dorang cakap, then terus apply. Parah sekarang ni faham tu memang faham tapi nak cakapny tak boleh. Untung orang Sabah or sape2 yang pandai cakap baku. Kitorang yang pure melayu ni, bila cakap BI (bahasa Indonesia) je, dorang sama tak faham coz sound weird.LOL.

Schedule setiap hari takdelah padat sangatlah, tapi bila balik semua akan terbongkang. Badan rasa penat sangat. Nasi pun makan 3 kali sehari.haha.. Study method kat sini  based on problem-based-learning (PBL). So, everyweek akan ada 2 kali tutorial. Then, kena discuss blablablablabla..... Takde masalah cari masalah. haih.. Tapi, terpaksalah involve sebab itu adalah markah.:(

Lepas ni kena belajar balik ABC versi indonesia.peace

Wednesday, 14 September 2011

One by One

Salam alayk. Kurang lebih seminggu menerbangkan diri ke bumi Yogyakarta dari tanah air Malaysia. I can say that the environment here is totally different than in Malaysia. So, what can I do?? Just follow the flow because for the thing to change I must change first. Wah, bravo!! rasyidahyasin semakin optimist. 

Dan memang sungguh semakin hari aku rasa semakin mengadaptasi keadaan kat sini. Dan yang penting perubahan ni adalah ke arah sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah. Disebabkan waktu disini lewat kurang lebih sejam dan waktu solat yang sedikit berlainan dari Malaysia. Subuh dalam pukul 4.15 pagi dah masuk waktu. So, pukul 4.30 dah bangun untuk solat Subuh. Waktu solat sangat terjaga, azan je terus cepat2 solat coz takut habis waktu. Semoga akan terus teramal. Amin.

Keadaan lalulintas kat kota Yogyakarta sangatlah sibuk. Sedikit berlainan sibuknya dari di Malaysia sebab kat sini bilangan lampu isyarat sangat terhad. I've no idea why?? Sangatlah tidak teratur keadaannya, yang mana nak U turn? yang mana nak terus? yang mana nak belok? Tapi dorang okay je. Sudah terbiasa barangkali. One more thing, kat sini bila anda hon kendaraan anda bermaksud 'beri laluan, aku nak lalu ni/ lepas ni aku plak nak lalu'. Jauh berbudi bahasa dari kita yang hon orang lain untuk sound orang tu buat salah.

Makanan plak still xboleh telan sangat, taste lain. Bayangkan ayam KFC pun rasa lain. Kenapa? tak tahu. Makan nasi pun tak berkuah. Nasib roti kat sini sedap, tapi takde Gardenia..haha, demand plak. Sangat rasa bertuah bila senior Malaysia ajak makan kat rumah dorang. Asik!!

Yang paling menggembirakan rasyidahyasin dah pandai bawak basikal!! Walaupun at first handle tak stable, kena tinggal kat belakang, pakai speed 1 all the time (baik takyah pakai Polygon!), then basikal terlompat2 coz brek mengejut..wahaha. Esok, mungkin ada improvement, insyaAllah.

Seriously cakap, kalau kita berada dalam zon selesa kita takkan pernah berubah. Lastly, pesan dari teman buat teman, betulkan niat. Kenapa anda disini? disini itu bergantung dimana anda berada sekarang..Daaaaaa



Sunday, 3 July 2011

AMARAN!



SG tu stand for what hah?! Sangat Ganas barangkali.
Post ini ditaip oleh seorang yang betul tidak berperikebinatangan...Anda tidak percaya?!hoho, maka boleh disimpulkan taaruf anda dengan rasyidahyasin masih belum begitu mantoppp..
Namun, sikap ini hanya terserlah dengan....



Sekali tengok, gee,..sangat comel!
Dalam gmbar bolehla, tapi bile dh menempel kt kaki 'boleh blah tak?' Bukan alergik bersin-bersin pun, cume tak suka kucing gesel2 kt kaki.
Istighfar banyak2, tapi memang inilah realitinya..sepak terajang jadi mainan, sepak plak smpai terkena kaki kerusi! Sakit wo!!!
Dulu mase kt SESMA, sicuking ni selalu masuk dorm. Tak penyapu, hanger aku bagi..Ya Allah , memang kejam. Kt dewan makan dorang suka bertenggek atas meja makan. Bagi mengelak lebih banyak dosa, aku duduk ngan orang yang penyayang. How lucky are you?!
Story ni tak btul2 SG la..ni lagi thriller..
Memang kisah benar dari pengalaman seseorang. Rumah dia ada seekor kucing (usia unknown). Adik2 dia suka main kucing ni. Satu hari tu, dorang pun berebut nak main ke macam mane ntah ngan kucing tu. Sorang pegang dua kaki depan, sorang lagi pegang dua kaki belakang. Mempertahankan hak masing2, aksi macam tarik tali pun berlangsung. Okay, nampaknya anda sudah dapat mengagak apa yang berlaku seterusnya.. Begitu tragis! Kucing terputus 2..

Okay... Berbalik kepada cerita asal. Sedih bila terkenangkan diri yang begitu kejam! Dengan binatang kesukaan Nabi s.a.w. plak tu. Selalu teringat cerita yang sorang pompuan ni baik, solehah, suka beribadah etc... Endup masuk neraka coz kejam kt seekor kucing, in this case kurung & xkasi makan...Bila la aku nak jadi penyayang ni?! sob sob sob...

Wednesday, 22 June 2011

Ulangtayang

Sesekali tersoal kenapa aku dijalan ini??
Maka terimbaulah sejarah zaman tok kaduk dulu.....
jeng jeng jeng......



Alhamdulillah, lepas dapat result spm yang terbang warna (mind my language), aku pun mintakla segala mcam scholar yang dirasakan agak2 sesuai. Scholar Petronas memang out of the list awal2 lg, coz tak minat nak jadi engineer and bekerja dengan mesin. Itulah, tak sedar yang kebanyakan manusia sekarang ni pun mesin jugak..T_T. Satu lagi career yang dihumban kelaut ialah cikgu. Tak tahu apa yang elergik sangat, tapi memang akan berasa sedikit sengal bila mengajar sekali, orang tu tak faham-faham. Senang cerite kurang sabar. Teruk bukan?!

Antara bakal-bakal sponsor adalah JPA, Yayasan Trg, dan FELDA. haha.. Mungkin tidak segah Bank Negara, Khazanah....etc. Ditaip dengan rase humble sekali. Ok, meh nok cite se se..

1. JPA
Isi borang online. Main mintak je dentistry tanpa melihat syarat2 kelayakan. Memang sengal. haha.. Alhamdulillah, dpat gi interview. Maka hadapilah interview yang sedikit hipokrit (anda pun begitu bukan!?) dengan lancar (sedikit gagap sebenarnya). Then, test phycho online. Tunggu result.....

2. Yayasan Trg
Isi borang ni sebab tengok orang lain isi and main hentam je. They offer Medic and dentistry in Egypt and Russia. Aku tak ingat aku pilih yang mane?!:P Dia ada buat IQ Test kat hall Pustaka Awam Trg. Jumpe SESMArians yang mintak skali. Ni yang paling ingat coz kene tangkap cheating [read:meniru] oleh invigilator. "Awak, sila duduk jauh-jauh sikit". OK, letak muka dalam laci..malu weh~~~ Then, esoknya pergi interview plak kat office yayasan. Memang dah rse down actually, tapi bila tengok parents dah semangat habis, pergi jela. Keluar dari bilik interviewers dengan hati yang sebal. Interviewers ad 3 orang, yang diinterview 5 orang, including me (if i'm not mistaken). Bila ditanya, "what is your next planning after finishing your 10 years working contract with the government?". Dengan lancar aku jawab "I'll quit and will have my own clinic"....stuffs like that.haha.. begitu bercita-cita kan? Langsung tak hipokrit. Dengan lirikan kornea mata mereka aku sudah pasti kegagalan sudah pasti dalam genggaman.^o^

3. FELDA
Permohonan FELDA sedikit rumit kerana perlu download borang dari internet dan kene poskan. Bila dah sampai, dorang pun call. Berbunyi kurang lebih begini "Adik, tahun ni Felda tak taja untuk perubatan dan pergigian. Course yang ditawarkan adalah architecture, accounting...blablabla..". "Knape kak?". "Felda takde hospital dik, its bring no benefit to us"."Ow, ok. Sory ye kak..lagi sekali, ap course tadi kak?". Kalau akulah, dah letak telefon tu, tadi aku xplain panjang lebar xnak dengar..akak tu pun ulang lagi sekali, budaya budi bahasa memang terserlah disitu:). "Akak, saya nak actuary science la kak, cam best je bunyi..". Lepas tu felda ada hantar surat untuk g interview kt kl. Aku menguzurkan diri untuk hadir tanda mogok coz stop hantar student buat dentistry, tahun lepas boleh je. Namun, mogokan hanya tinggal mogokan bila dia call. "Adik, pagi ni interview, adik datang tak?". "Tak, saya kat trg ni". "Ow, ok".. fullstop sampai disitu aje.

Aku dapat gak tawaran g matrikulasi kole pilah dan foundation dentistry kat UIA tapi dua-dua tolak. Harapan hanya pada no 1. tup..tup dapatla jugak scholar JPA. Alhamdulillah. Further dentistry kat India, before that kene buat A-level dulu for 1.5 year di Kolej Teknologi Timur(ckap KTT mne korang kenal). Dan kene lulus cut of point yang telah digariskan oleh JPA. Cerita berakahir tragis apabila point aku tak lepas. Maka bye bye to dentistry dan India... Disinilah dimana iman benar-benar teruji...selalu mengeluh.. perkataan kalau ini dan kalau itu yang tidak patut dilafazkan bermain di fikiran. Dulu kan pernah tolak foundation dentistry. Felda yang nak hantar pergi negara bersalji pun tolak. Dulu mane tahu nak google-google apa tu actuary science bagai. Itulah takdir, telah tersurat. (ref: hadith 4 dalam Hadith 40.) Namun memang namanya manusia, selalu sedih dengan masa lampau dan takut dengan masa datang. Dahla tu, la tahzan and never give up bebeh..

Dalam kegagalan, sekarang aku ngerti apa itu namanya hikmah disebalik kejadian. Kerana di KTTlah benih tarbiyyah mula tersemai..Alhamdulillah.
Dan aku yakin inilah jalan yang terbaik untuk aku. (2:216)