Thursday 16 June 2011

Cicak yang pemalas

Tajuk macam tajuk buku cerita kanak-kanak tadika je kan?? haha..
Teruskan pembacaan jika anda merasa anda seusia dengan mereka-mereka dan yang paling penting tidak merasa geli-gelimak bila dengar perkataan CICAK!!

Cerita ini bukan hanya rekaan semata-mata, tapi hasil dari tadabbur alam beberapa jam yang lepas. Yeke tadabbur?:) Actually scene ni berlaku kat siling dapur time duk tunggu turn nk masuk bilik air..kwang3.. kantoi suke mengelamun!
Ok, siriyes2..
cerita bermula.....

Kat Teganu sekarang memang selalu hujan petang2, xpun redup2 gitu. Memang tabiat la sang kekatu berkunjung mlam2 dibawah sinaran lampu kalimatang. Berterbanganla mereka kegumbiraan.. syiung..syiung..syiung...(background sound)
Disebelah pihak lagi, segala tok nenek kerabat cicak bertepuk-sorak kegirangan meraikan rezeki tuhan yang datang tanpa dikais pagi makan pagi ini.
Namun yang keluar hanyalah 2 ekor, yang lain sudah dinner barangkali. Alkisah dinamakanlah yang pertama itu Hitam dan kedua Tompok.

Disaat seekor kekatu memperlahankan momentum penerbangannya, dari jauh Hitam merancang strategi. Ditenung dari kejauhan, mengagak jarak dan pecutan yang perlu digunakan untuk menangkap mangsa. Ngap, dengan sekali percubaan sahaja, Hitam telah berjaya menyantap sang kekatu yang malang itu. Dalam masih makanan dimulut, Tompok datang mendekati Hitam. Menagih sedikit simpati mungkin. Namun dengan tenang makanan tersebut masuk ke esofagus Hitam. Langsung tak hiraukan Tompok yang juga kelaparan.
Seketika kemudian seekor lagi kekatu yang ingin mengikut jejak kawannya tadi memperlahankan penerbangannya. Hitam memberi ruang pula kepada Tompok untuk sama-sama merasai keenakan serangga itu. Namun, tiada sebarang tindakbalas daripada Tompok. Hanya memandang...sesaat...dua saat...tiga saat...
Melihat situasi itu Hitam terus bertindak. Kepasifan Tompok bukan masalahnya..Rezeki tuhan terus dinikmati...nyumnyumnyum. Tompok melakukan reaksi yang sama dimana dia mendekati Hitam dan lagi sekali menagih simpati temannya itu..Namun, hanya sia-sia...kelaparan la dia -cicak yang pemalas..
Tamat

Macam tak basah je kan kisah ni??:(
Xpe, kita renungkan ibrahnya. insyaAllah..
Apa-apa yang kita nak capai xdatang bergolek depan mata, kalau bergolek pun kite kene kejar kalau tak akan terlepas. Begitu juga perumpamaan dalam mencari ilmu Allah. InsyaAllah, akan ade je murabbi-murabbi dimana sahaja anda berada. Tarbiyah boleh berlangsung dimana-mana. Cumanya kita lah yang kene sendiri bersusah payah dan berusaha untuk mencarinya. Jangan nak tunggu orang suap je. Pesanan buat diri yang bernafsu lagi untuk menimbang-balik pertimbangan penjoinan rehlah esok.
Ngam tak ibrah tu. Cantik kan Allah susun, baru terkena batang hidung sendiri~

No comments:

Post a Comment