Wednesday 22 June 2011

Ulangtayang

Sesekali tersoal kenapa aku dijalan ini??
Maka terimbaulah sejarah zaman tok kaduk dulu.....
jeng jeng jeng......



Alhamdulillah, lepas dapat result spm yang terbang warna (mind my language), aku pun mintakla segala mcam scholar yang dirasakan agak2 sesuai. Scholar Petronas memang out of the list awal2 lg, coz tak minat nak jadi engineer and bekerja dengan mesin. Itulah, tak sedar yang kebanyakan manusia sekarang ni pun mesin jugak..T_T. Satu lagi career yang dihumban kelaut ialah cikgu. Tak tahu apa yang elergik sangat, tapi memang akan berasa sedikit sengal bila mengajar sekali, orang tu tak faham-faham. Senang cerite kurang sabar. Teruk bukan?!

Antara bakal-bakal sponsor adalah JPA, Yayasan Trg, dan FELDA. haha.. Mungkin tidak segah Bank Negara, Khazanah....etc. Ditaip dengan rase humble sekali. Ok, meh nok cite se se..

1. JPA
Isi borang online. Main mintak je dentistry tanpa melihat syarat2 kelayakan. Memang sengal. haha.. Alhamdulillah, dpat gi interview. Maka hadapilah interview yang sedikit hipokrit (anda pun begitu bukan!?) dengan lancar (sedikit gagap sebenarnya). Then, test phycho online. Tunggu result.....

2. Yayasan Trg
Isi borang ni sebab tengok orang lain isi and main hentam je. They offer Medic and dentistry in Egypt and Russia. Aku tak ingat aku pilih yang mane?!:P Dia ada buat IQ Test kat hall Pustaka Awam Trg. Jumpe SESMArians yang mintak skali. Ni yang paling ingat coz kene tangkap cheating [read:meniru] oleh invigilator. "Awak, sila duduk jauh-jauh sikit". OK, letak muka dalam laci..malu weh~~~ Then, esoknya pergi interview plak kat office yayasan. Memang dah rse down actually, tapi bila tengok parents dah semangat habis, pergi jela. Keluar dari bilik interviewers dengan hati yang sebal. Interviewers ad 3 orang, yang diinterview 5 orang, including me (if i'm not mistaken). Bila ditanya, "what is your next planning after finishing your 10 years working contract with the government?". Dengan lancar aku jawab "I'll quit and will have my own clinic"....stuffs like that.haha.. begitu bercita-cita kan? Langsung tak hipokrit. Dengan lirikan kornea mata mereka aku sudah pasti kegagalan sudah pasti dalam genggaman.^o^

3. FELDA
Permohonan FELDA sedikit rumit kerana perlu download borang dari internet dan kene poskan. Bila dah sampai, dorang pun call. Berbunyi kurang lebih begini "Adik, tahun ni Felda tak taja untuk perubatan dan pergigian. Course yang ditawarkan adalah architecture, accounting...blablabla..". "Knape kak?". "Felda takde hospital dik, its bring no benefit to us"."Ow, ok. Sory ye kak..lagi sekali, ap course tadi kak?". Kalau akulah, dah letak telefon tu, tadi aku xplain panjang lebar xnak dengar..akak tu pun ulang lagi sekali, budaya budi bahasa memang terserlah disitu:). "Akak, saya nak actuary science la kak, cam best je bunyi..". Lepas tu felda ada hantar surat untuk g interview kt kl. Aku menguzurkan diri untuk hadir tanda mogok coz stop hantar student buat dentistry, tahun lepas boleh je. Namun, mogokan hanya tinggal mogokan bila dia call. "Adik, pagi ni interview, adik datang tak?". "Tak, saya kat trg ni". "Ow, ok".. fullstop sampai disitu aje.

Aku dapat gak tawaran g matrikulasi kole pilah dan foundation dentistry kat UIA tapi dua-dua tolak. Harapan hanya pada no 1. tup..tup dapatla jugak scholar JPA. Alhamdulillah. Further dentistry kat India, before that kene buat A-level dulu for 1.5 year di Kolej Teknologi Timur(ckap KTT mne korang kenal). Dan kene lulus cut of point yang telah digariskan oleh JPA. Cerita berakahir tragis apabila point aku tak lepas. Maka bye bye to dentistry dan India... Disinilah dimana iman benar-benar teruji...selalu mengeluh.. perkataan kalau ini dan kalau itu yang tidak patut dilafazkan bermain di fikiran. Dulu kan pernah tolak foundation dentistry. Felda yang nak hantar pergi negara bersalji pun tolak. Dulu mane tahu nak google-google apa tu actuary science bagai. Itulah takdir, telah tersurat. (ref: hadith 4 dalam Hadith 40.) Namun memang namanya manusia, selalu sedih dengan masa lampau dan takut dengan masa datang. Dahla tu, la tahzan and never give up bebeh..

Dalam kegagalan, sekarang aku ngerti apa itu namanya hikmah disebalik kejadian. Kerana di KTTlah benih tarbiyyah mula tersemai..Alhamdulillah.
Dan aku yakin inilah jalan yang terbaik untuk aku. (2:216)

No comments:

Post a Comment